Berita Auto

Koenigsegg Agera RS Refinement Ambil Ilham One:1

Diperkenalkan pada 2015, Koenigsegg Agera RS adalah antara hypercar paling eksklusif di dunia di mana hanya 25 unit dibina. Bukan itu sahaja, kontroversi yang menyelubungi percubaan kelajuan maksimum SSC Tuatara bermakna ia masih kekal sebagai kereta produksi paling laju dengan rekod 447.19 km/j.

Kini, Koenigsegg memperkenalkan sebuah Agera RS yang telah dimodifikasi oleh divisyen ‘aftermarket’ mereka sendiri. Dikenali sebagai Agera RS Refinement, unit keluaran tahun 2017 ini telah dinaik taraf dengan komponen-komponen yang diinspirasikan oleh One:1 atas permintaan pemiliknya.

Komponen yang dimaksudkan adalah lubang aliran udara pada bahagian hud dan skup udara pada bahagian belakang. Menurut Koenigsegg, apa yang bermula sebagai projek ringkas yang sepatutnya boleh disiapkan dalam masa sebulan bertukar menjadi misi epik yang mengambil masa selama enam bulan.

Ini kerana hud dan penutup enjin perlu ditukar supaya sesuai dengan lubang aliran udara dan skup udara tersebut, manakala ‘winglet’ pada bampar hadapan ditambah bagi menjadikan jentera ini lebih aerodinamik. Di belakang, terdapat spoiler aktif di mana pergerakannya dikawal oleh perisian.

Untuk penampilan yang lebih jahat, skru, logo serta muncung ekzos diwarnakan semula dalam warna Jet Black. Bukan itu sahaja, Koenigsegg turut memberikan Agera RS Refinement panel instrumen SmartCluster seperti yang digunakan oleh Regera.

Tidak pasti sama ada enjin 5.0-liter twin-turbo V8 jentera ini diberi naik taraf ataupun tidak, namun dengan kuasa berjumlah 1,160 hp dan 1,280 Nm, ia adalah perkara terakhir yang diperlukannya.

Previous post

BMW M5 CS Bakal Hadir Pada Awal 2021

Next post

Pandu Uji: Honda Accord 1.5 TC-P

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *