Kemalangan / Rosak / Recall

Barchetta HP Pagani Zonda Dimusnahkan Pemilik Cuai

Hanya tiga Pagani Zonda HP Barchetta yang wujud … silap, hanya dua. Sebuah kenderaan yang teramat jarang dan dinilaikan berharga AS15 juta.

Ramai masyarakat Malaysia mungkin tidak pernah melihatnya dengan mata sendiri. Tetapi apabila bercakap tentang yang paling jarang, sesuatu seperti Pagani Zonda HP Barchetta ini mungkin adalah yang terjarang. Zonda HP Barchetta telah dicipta beberapa tahun selepas Zonda dikeluarkan daripada pengeluaran kira-kira 9 tahun yang lalu. Hanya 3 daripada ini wujud di dunia dan satu daripadanya adalah milik pengasas syarikat, Horatio Pagani. Baik, itu minggu lepas.

Ini kerana 1 daripada kereta ini telah hancur lebur di Zagreb, Croatia. Pemilik salah satu daripada Pagani Zonda HP Barchettas ini telah mengambil bahagian dalam sesuatu yang dipanggil Supercar Owners Circle. Kereta itu dipandu bersama dalam konvoi eksotik lain yang jarang ditemui pada kadar yang stabil dan munasabah. Kemudian tiba-tiba bahagian belakangnya meluncur keluar. Agaknya, pemandu itu menekan kakinya pada pedal dan tindak menyangka balasannya.

Bahagian belakang Zonda HP Barchetta tergelincir keluar dan merempuh kenderaan melintang. Kereta yang bertembung dengannya ialah Ford Fiesta yang sederhana. Hentakan itu memusnahkan wheel well depan dan belakang, dan separuh kiri bahagian belakang hancur habis.

Bahagian suspensi belakang telah tercampak keluar, termasuk keseluruhan roda kiri belakang. Untuk bersikap adil, Fiesta nampaknya teruk juga, tetapi kami pasti bahawa ia tidak ada hal kerana dilindungi insuran.

Pagani-Zonda-HP-Barchetta-3.3

Tidak mungkin kereta jarang ini akan dibaiki walaupun pemiliknya ada duit. Mekanik Zonda mungkin boleh diurus, tetapi kerja badan mungkin tidak boleh diselamatkan. Mungkin mereka boleh mengantung bahagian kereta yang tidak rosak kepada dinding garage mereka sebagai perhiasan.

Spesifikasi Pagani Zonda HP Barchetta

Chassis: Carbo-Titanium & Carbo-Triax HP52 Monocoque

Engine: Mercedes-Benz 60-degree V12 petrol

Transmission: 6-speed with mechanical self-locking differential

Brakes: Ventilated Brembo discs,

Wheels: 21″ rear, 20″ front aluminium alloy

Tyres: Pirelli P Zero Corsa HP Spec

Suspension: 4-wheel independent double wishbone with adjustable Ohlins

Dry Weight: 1250kg

Nilai Pagani Zonda bergerak ke atas dari masa ke masa kerana kereta ini sangat terhad dan dengan unit ini disimpan dengan hati-hati di dalam rumah, pemilik boleh menjualnya pada masa akan datang dengan keuntungan yang baik. Tetapi yang ini, jual kati sjalah. Pagani Zonda dengan enjin 750 tenaga kuda Mercedes-Benz mampu memecut dari 01-00km / j hanya dalam masa 2.6 saat dengan kelajuan tertinggi 350km / j.

Previous post

BMW iX5 Hydrogen Kini Dalam Pengeluaran Menggunakan Teknologi Toyota

Next post

SUV Skyworth HT-i Dilancarkan Di China Dengan Harga Dari USD21,100

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *