Berita Auto

BMW M5 CS Bakal Hadir Pada Awal 2021

Dengan 625 hp dan 750 Nm yang dibekalkan oleh enjin 4.4-liter dwi-turbo V8, tidak dinafikan yang BMW M5 Competition adalah antara sedan berprestasi tinggi yang paling mengujakan. Bagaimanapun, BMW yakin bahawa ruang untuk penambahbaikan masih terbuka luas. Oleh itu, mereka akan memperkenalkan M5 CS pada tahun hadapan.

Seperti model-model CS yang lain, M5 CS bakal hadir dengan kuasa yang lebih tinggi serta badan yang lebih ringan. Dalam video teaser yang dimuat naik di laman media sosial mereka, BMW mendedahkan bahawa jentera itu mempunyai 635 PS, manakala berat dikurangkan sebanyak 70 kg berbanding M5 Competition. Kotak gear automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda xDrive dijangka dikekalkan.

Dari segi penampilan pula, M5 CS mempunyai dilihat mempunyai warna seakan hitam matte yang dipadankan dengan kemasan gangsa pada bahagian gril, dapra dan rim aluminium tempaan. Tersembunyi di sebalik rim tersebut adalah brek karbon seramik dengan angkup berwarna merah. Seperti M8 Gran Coupe, model ini juga dilengkapi dengan lampu utama berwarna kuning yang diinspirasikan dari sukan permotoran.

Untuk ruang dalaman, BMW menggunakan kerusi ‘bucket’ gentian karbon dari M3 dan M4, dan sudah tentu trim gentian karbon pada keseluruhan papan pemuka dan konsol tengah.

Previous post

Perselisihan Pemasaran Global BMW Berterusan

Next post

Koenigsegg Agera RS Refinement Ambil Ilham One:1

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *