Gaya Hidup

Beli Sebuah Proton Atau Telefon Huawei Dan Berpeluang Menangi X70

Proton telah mengumumkan kerjasama dengan pengeluar telefon pintar Huawei untuk kempen ‘PROTONxHuawei Better Together’ di mana peserta berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah Proton X70, serta lima buah telefon pintar Huawei Mate 40 Pro dan 17,000 baucar kedai dalam talian Huawei bernilai RM100.

Peraduan ini, yang diadakan dari 15 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021, terbuka kepada semua pembeli model-model Proton terpilih (Persona, Iriz, Exora dan Saga) dan/atau peranti jenama Huawei.

Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu memuat naik gambar paling kreatif dengan kereta Proton atau peranti Huawei ke akaun Facebook atau Instagram bersama-sama dengan tanda pagar PROTONHUAWEIBETTERTOGETHER2020, #HUAWEIMATE40PRO dan #HiPROTON, berserta kapsyen, “Saya suka kereta Proton/Huawei Mate 40 Pro kerana…”.

Kemudian, peserta perlu mengisi maklumat peribadi di www.protonhuaweibettertogether.com. Para pemenang akan diumumkan pada 3 Mac 2021 menerusi laman Facebook rasmi Proton dan Huawei.

“Model kereta Proton telah menerima sokongan yang baik dari rakyat Malaysia pada tahun ini. Jualan tahun 2020 memberangsangkan walaupun keadaan pasaran yang mencabar. Oleh itu, kami gembira dapat bekerjasama dengan Huawei sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan mereka,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.

Previous post

Toyota Vios, Yaris Facelift Dilancarkan Secara Rasmi

Next post

Perodua Rocky Kena Tangguh Ke Suku Kedua 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *