Berita Auto

Proton Persona 2019 Boleh Ditempah Mulai Hari Ini

Proton Persona 2019 telah diperlihatkan secara rasmi kepada pihak media di ibu pejabat syarikat itu di Shah Alam. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, sedan segmen B ini menerima penambahbaikan dari segi rekaan luaran serta sistem infotainmen canggih seperti yang ada pada Iriz 2019 dan X70.

BHP Banner

Dijangka dilancarkan pada penghujung bulan ini, Persona boleh ditempah secara dalam talian dengan bayaran RM9.99 mulai hari ini sehingga 22 Mac. Orang ramai yang ingin melihat model ini dengan lebih dekat boleh mengunjungi pusat 3S Proton Edar di Plentong, Johor Bahru pada 16 dan 17 Mac ini.

Proton Persona 2019 01

Direka oleh pasukan yang diketuai oleh Ketua Reka Bentuk Proton, Azlan Othman, Persona 2019 tampil lebih segar menerusi jeriji berbentuk ‘ethereal bow’ dengan corak ‘infinite weave’, serta lampu nyalaan siang LED dengan perumah honeycomb pada bahagian hadapan.

Proton Persona 2019 05

Bahagian belakang juga kelihatan lebih moden dengan logo ‘P R O T O N’ pada pintu boot, lencana ‘Persona’ dalam tulisan baharu, kemasan bampar dan juga spoiler yang lebih halus. Antena sirip jerung dan rim aluminium 15 inci melengkapkan penampilan baharu model ini.

Proton Persona 2019 03

Seperti Iriz, Persona turut dilengkapi dengan head unit pintar dengan kad eSIM yang membolehkan pemandu melakukan penstriman muzik, kemaskini cuaca, navigasi dan pengenalan suara. Sistem ini boleh diakses menerusi skrin sentuh tujuh inci dengan memori dalaman 16 GB, Wifi dan fungsi pencerminan untuk telefon pintar Android.

Proton Persona 2019 02

 

Previous post

Coupe Porsche Cayenne Disahkan Untuk 2020

Next post

Menangi Pakej Percutian Dengan Mitsubishi Motors Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *