Berita Auto

Bayar RM9.99 Sahaja Untuk Tempah Proton Iriz 2019

Proton Iriz 2019 telah diperlihatkan secara rasmi kepada media. Dengan reka bentuk luaran lebih segar serta unit stereo pintar sama yang terdapat pada X70, model hatchback segmen-B ini merupakan model pertama Proton yang mendapat sentuhan terkini selepas pengumuman kerjasama bersama Geely. Ia dijangka dilancarkan pada pada Mac 2019.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Direka oleh pasukan yang diketuai oleh ketua Reka Bentuk Proton, Azlan Othman, Iriz kini tampil dengan lampu lebih langsing yang dipadankan dengan kemasan Ethereal Bow pada bahagian jeriji dan corak Infinite Weave pada bahagian jeriji radiator. Bampar depan turut diberi sentuhan segar dan menampilkan lampu nyalaan siang LED.

photo 5

Bahagian belakang pula menampilkan identiti korporat baharu di mana logo harimau pada bahagian tailgate telah digantikan dengan lencana ‘PROTON’, manakala nama Iriz ditaip menggunakan huruf baharu. Model ini juga mendapat antena sirip yu dan rim aloi dengan reka bentuk baharu.

photo 4 (1)

Iriz 2019 merupakan hatchback segmen-B pertama di Malaysia yang menampilkan unit stereo pintar yang menggunakan kad eSIM dan menawarkan aplikasi seperti pengaliran muzik, sistem navigasi dan pengecaman suara. Ia boleh diakses melalui skrin sentuh bersaiz 7-inci dengan paparan warna penuh dan memori dalaman sebanyak 16GB. Turut disertakan adalah sabungan Wifi membolehkan kereta ini digunakan sebagai hotspot dan fungsi percerminan bagi telefon Android.

photo 12

Proton akan mengadakan ‘jualan kilat’ bagi model Iriz 2019 di mana pembeli yang berminat boleh membuat tempahan dalam
talian dengan hanya RM9.99. Syarikat itu turut akan memberi ganjaran dengan cukai jalan percuma selama dua tahun bagi mereka yang menempah Iriz sebelum ianya dilancarkan. Promosi bermula jam 10 pagi pada 1 Mac 2019 dan berakhir 11.59 malam pada 11 Mac 2019.

photo 8

Syarikat juga akan mengadakan pratonton pelanggan di beberapa cawangan Proton Edar untuk memberi orang ramai peluang untuk melihat Iriz 2019 dengan lebih dekat sebelum pelancaran rasmi. Lokasi pertama adalah di pusat Proton Edar 4S di Chan Sow Lin, di mana aktiviti ini akan diadakan dari 2 hingga 3 Mac.

photo 3

photo 7

photo 9

photo 14

photo 11

Previous post

Ducati Buka Pusat Latihan Canggih di Rayong, Thailand

Next post

Kereta Hijau Yang Bukan Elektrik Atau Pun Hibrid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *