Gaya Hidup / Lifestyle

PKPB Hingga 6 Disember: Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh Anda Lakukan

Akibat kes positif COVID-19 yang terus mencatatkan peningkatan mendadak, kerajaan telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Malaysia, kecuali Perlis, Kelatan dan Pahang, dari 9 November hingga 6 Disember.

Ini bermakna, orang ramai yang tinggal di kawasan PKPB perlu mengehadkan pergerakan mereka di bawah SOP baharu. Berikut adalah beberapa perkara berkaitan perjalanan yang anda boleh dan tidak boleh lakukan menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN):

  • Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran PDRM
  • Hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar untuk membeli barang makanan dan keperluan
  • Kenderaan komersil yang membawa barangan dan perkhidmatan perlu dibenarkan keluar masuk ke kawasan PKPB
  • Teksi, perkhidmatan e-hailing dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam
  • Mana-mana individu yang berasal dari kawasan PKPB dibenarkan pulang ke kawasan tersebut dengan kebenaran PDRM
  • Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi. Untuk pergerakan udara, individu perlu mendapatkan kebenaran PDRM.
  • Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT/MRT/ERL/Monorel dibenarkan beroperasi. Mereka yang menggunakan pengangkutan awam selain untuk ke tempat kerja perlu mendapat kebenaran PDRM.

Untuk maklumat lanjut, rujuk infografik di bawah atau layari laman web MKN.

Previous post

Defender Klasik Akan Kembali Dengan V8 575hp Supercharged

Next post

Lumma Design CLR G770 R Adalah G-Wagen Yang Lebih Radikal

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *