Berita Auto

BMW Group Financial Services Lancar Khidmat Perbaharui Insurans i-Renewal

Pemilik BMW dan MINI kini boleh memperbaharui insurans motor komprehensif mereka secara dalam talian menerusi perkhidmatan digital i-Renewal yang telah dilancarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia.

“Dengan memperkenalkan perkhidmatan digital i-Renewal yang baharu bagi Program Insurans Motor Komprehensif BMW dan MINI, kami sedang memajukan sebahagian penting daripada pengalaman mobiliti bertaraf premium ini agar ia bersifat lebih mesra pengguna dan lancar,” kata Tobias Eismann, Pengarah Urusan BMW Group Financial Services Malaysia.

Ditawarkan melalui kolaborasi dengan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, i-Renewal membolehkan pelanggan mendapatkan sebut harga dengan mudah dan cepat hanya dengan menyediakan beberapa butiran asas, atau memperbaharui polisi insurans masing-masing menerusi langkah yang ringkas.

Bersempena dengan pelancaran ini, setiap pemilik yang berjaya memperbaharui Program Insurans Motor Komprehensif BMW dan MINI mereka dalam talian selewat-lewatnya 31 Disember 2020, akan memperoleh liputan ‘Enhanced Road Warrior’ secara percuma untuk tempoh setahun.

Selain membekalkan Liputan Kemalangan Diri (Personal Accident Cover) dan manfaat insurans yang lain, ‘Enhanced Road Warrior’ turut merangkumi Program Bantuan Kereta (Car Assistance Programme) yang merangkumi pelbagai servis 24 jam sehari seperti:

  • Khidmat Penundaan Kecemasan 24 Jam Sehari (Jarak Penundaan Tanpa Had)
  • Khidmat Pembaikan Kerosakan Kecil
  • Bantuan Teksi
  • Penyediaan Kereta Sewa dan Akomodasi Hotel
  • Bantuan Antarabangsa
  • Penyediaan Evakuasi Kecemasan
  • Khidmat Perujukan Pusat Servis
  • Penghantaran Mesej Kecemasan

‘Enhanced Road Warrior’ ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad. Untuk butiran lanjut, sila layari https://www.allianz.com.my/enhanced-road-warrior.

Klik sini untuk mengakses perkhidmatan digital i-Renewal. Pemilik BMW juga boleh mengakses perkhidmatan digital i-Renewal melalui BMW Engage di https://www.bmwfs.my/ atau melalui aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ (iOS: http://bit.ly/BMWLoyaltyApp, Android: http://bit.ly/BMWLoyalty).

Previous post

McLaren Senna GTR Kini Dalam Versi Lego Technic

Next post

Pelanggan Thailand Dapat Navara Diesel 2.3L Facelift

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *