Berita Auto

Pusat 3S Isuzu Baharu Dibuka di Taiping

Dengan populariti Isuzu yang semakin meningkat, sebuah cawangan pengedar 3S Isuzu terbaru di Taiping telah dilantik bagi menawarkan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan dan perniagaan di sekitar daerah Matang.

Dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura, cawangan yang dikendalikan oleh GB Motors itu terletak di kawasan yang strategik di sepanjang Jalan Simpang, berdekatan dengan jalan utama menuju bandar Taiping.

Menduduki kawasan berkeluasan 5,300 meter persegi, ia direka untuk menawarkan keseluruhan perkhidmatan, dari jualan hingga lepas jualan, bagi semua barisan model Isuzu, bermula dengan D-Max hinggalah kepada trak tugasan sederhana dan berat.

Bercakap ketika majlis pelancarannya, Nakamura berkata, “Sebagai satu daripada rangkaian jualan automotif yang mandiri sejak 25 tahun lalu dan telah memberikan pengalaman positif di kawasan sekitarnya, saya percaya bahawa cawangan baru Goh Brothers ini akan menawarkan perkhidmatan profesional yang cemerlang dan memainkan peranan penting dalam membangunkan perniagaan Isuzu di sini serta melayani keperluan populasi perniagaan yang semakin berkembang di Taiping.”

Dengan binaan bangunan berkeluasan 1,400 meter persegi, cawangan GB Motors terbaru ini menempatkan bilik pameran yang besar untuk pengunjung, sementara ruang menunggu yang selesa juga disediakan bagi mereka yang ingin menanti kenderaan siap diservis oleh juruteknik-juruteknik terlatih Isuzu.

Sementara itu, Ketua Pengedar GB Motors, Goh Chern Earn pula berkata, “Saya ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Isuzu Malaysia kerana memilih Goh Brothers Group sebagai rakan perniagaan. Sebagai ahli keluarga Isuzu, kami komited untuk mempertingkatkan lagi pengalaman pelanggan Isuzu di kawasan ini melalui khidmat yang profesional kepada semua pelanggan.”.

Bagi meraikan perlantikan sebagai pusat 3S sah Isuzu, GB Motors akan mengadakan kempen pandu uji bermula 24 Oktober hingga 23 November 2020 ini, di mana 100 pelanggan pertama yang memandu uji mana-mana model Isuzu di bilik pameran berkenaan akan menerima hadiah cenderahati misteri. Sila layari Facebook Goh Brothers di @IsuzuGB untuk maklumat kempen ini.

Previous post

Oh Alangkah Cantiknya BMW M4 Dengan Gril Reka Bentuk Lama

Next post

Adakah GRAB Bekerjasama Dengan Hyundai Dalam Projek Kilang EV Singapura

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *