Berita Auto

Bridgestone Bangunkan Tayar Kustom Untuk Maserati MC20

Dengan 630 hp dan 730 Nm, Maserati MC20 serba baharu memerlukan tayar yang terbaik bagi memastikan kuasa tersebut dapat disalurkan ke permukaan jalan dengan efektif. Bagi tujuan itu, jenama dari Itali itu telah melantik Bridgestone sebagai pembekal tayar eksklusif bagi supercar terbarunya.

Menurut Bridgestone, MC20 akan mendapat tayar Potenza yang dibangunkan khas. Ia menampilkan reka bentuk bunga asimetrik bagi tujuan meningkatkan respon stereng dan kestabilan di selekoh.

Bukan itu sahaja, kompaun bunga yang baharu menawarkan tahap cengkaman yang lebih tinggi, manakala struktur ‘mahkota’ dalaman bertindak mengedarkan tekanan permukaan tayar secara sekata semasa mengambil selekoh.

Kombinasi elemen-elemen tersebut memberikan gabungan kawalan, kelajuan dan kestabilan yang optimum yang dapat meningkatkan prestasi keseluruhan MC20.

Tayar Potenza kustom tersebut dibangunkan dan diuji di pusat R&D Maserati dan Bridgestone. Dengan adanya teknologi pemodelan maya, Bridgestone mendedahkan bahawa mereka telah berjaya mengurangkan masa proses pembangunan.

Previous post

Audi A3 Sportback 40 TFSI e Tawar Pemanduan Elektrik Sejauh 78 km

Next post

Ada Mahu Kereta Anda Jadi Kereta Hot Wheels?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *