Servis / Modifikasi

Ada Mahu Kereta Anda Jadi Kereta Hot Wheels?

Kalau ya, sertailah pencarian global kereta Die-Cast diinspirasikan peminat untuk berpeluang ditampilkan di lokasi seterusnya siri maya Hot Wheels Legends Tour.

Hantar kereta binaan khas dan modifikasi anda.

Peminat, keluarga dan penggemar kereta boleh menyertai Hot Wheels Legends Tour Malaysia dengan menghantar hasil binaan mereka di https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/, seterusnya peserta terbaik Malaysia akan disenarai pendek di lokasi maya yang disiarkan secara langsung. Mereka yang berminat untuk mengikuti acara ini, ia akan disiarkan secara LANGSUNG menerusi laman Facebook Hot Wheels yang dijadualkan pada 12November 2020.

Finalis dari lokasi maya Hot wheels Legends Tour Malaysia akan menyertai semua finalis Tour Legends yang lain di Virtual Global Finale di Los Angeles pada bulan November untuk merebut peluang bagi mengabadikan kereta mereka sebagai kenderaan die-cast Hot Wheels yang ikonik.

BAGAIMANA?:

            Mulai hari ini sehingga 15 Oktober 2020, peminat boleh mengirimkan foto dan video kenderaan binaan khas mereka di https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/ bagi membolehkan hasil reka bentuk mereka dipaparkan di Legends Tour/Lokasi maya dan siaran langsung.

            Selepas tarikh akhir penyertaan ditutup, para juri Legends Tour akan memilih kenderaan terbaik yang akan ditampilkan semasa acara on-ground Art Of Speed Malaysia 2020 ke-9 pada 12 November di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama dan akan dinilai secara LANGSUNG. Sama seperti semua lokasi Legends Tour, para juri akan mengambil kira kreativiti, keaslian dan semangat garasi ketika memilih finalis dan pemenang. Dalam masa yang sama, sebahagian besar kenderaan adalah termasuk yang mewakili Hot Wheels dalam semua aspek budaya kereta.

BILA / DIMANA:

  • Penyertaan akan diterima dari hari ini sehingga 15 Oktober 2020 pada pautan ini:

Masih tak faham? Tonton video ini untuk penjelasan berlisan:

KENYATAAN MEDIA ART OF SPEED MALAYSIA

Peminat di seluruh Malaysia berpeluang untuk menyertai Hot Wheels Legends Tour Malaysia yang pertama yang akan dikelolakan oleh Art of Speed. Penjelajahan digital ini akan dihoskan oleh Art of Speed Malaysia dan kereta Malaysia yang menang akan diumumkan secara langsung pada 12 November di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama, yang juga akan disiarkan di Facebook Hot Wheels secara langsung (www.facebook.com/HotWheels). Malaysia adalah tuan rumah di Asia yang dipilih sebagai hos acara ini.

TENTANG HOT WHEELS LEGENDS TOUR:

Hot Wheels Legends Tour 2019 adalah penjelajahan epik yang telah menyaksikan kehadiran lebih 110,000 peserta, mendapat lebih daripada 5,000 penyertaan, 18 finalis dan 1 pemenang luar biasa! Tahun ini, acara ini akan berlangsung secara digital dan salah satu lokasi digital akan berada di Malaysia untuk mencari pemenang untuk Hot Wheels Legends Tour (Edisi Global). Kereta sebenar rekaan khas yang menjuarai pencarian ini akan dihasilkan sebagai model skala 1:64 dan dijual untuk pasaran seluruh dunia.

The Hot wheels Legends Tour, yang kini masuk tahun ketiga penganjurannya, adalah pencarian global untuk kereta kustom buatan peminat yang seterusnya dijadikan mainan die-cast Hot Wheels. The Hot Wheels legends Tour Malaysia direalisasikan dengan kerjasama Art of Speed Malaysia (hos tuan rumah) dan Toys “R” Us Malaysia (peruncit).

ACARA & MAKLUMAT SIARAN LANGSUNG :

Nama Acara              :           The 9th Annual Art of Speed Malaysia 2020

Tarikh                         :           11 hingga 15 November 2020 (5 Hari)

Masa                           :           Rabu & Khamis 10:00 pagi – 10:00 malam

                                    Jumaat, Sabtu & Ahad 10:00 pagi – 10:30 malam

Tempat                        :           1 Utama New Wing, Bandar Utama

            Siaran LANGSUNG    :           Hot Wheels Legends Tour Malaysia penjurian secara                                                              LANGSUNG akan diadakan :

                        12 November at 10.30 pagi                                                                              (www.facebook.com/HotWheels)

MASUK PERCUMA kepada semua pelawat!

Untuk makluman lanjut mengenai acara ini, sila lawat laman web ini ; www.artofspeedmy.com or www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/

Previous post

Bridgestone Bangunkan Tayar Kustom Untuk Maserati MC20

Next post

Berita Sedih F1: Honda Akan Berhenti Membekalkan Enjin F1 Mereka

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *