Berita Auto

UMW Toyota Teruskan Pemindahan Cawangan Kepada Pengedar

Selepas cawangan Seksyen 19 PJ dan Cheras, tiga lagi cawangan yang dimiliki dan dioperasikan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) telah dipindahkan kepada pihak pengedar.

Menurut syarikat itu, cawangannya di Kota Kinabalu dan Kuching masing-masing akan diambil alih oleh Borneo Mobility (Sabah) Sdn Bhd dan
Borneo Mobility (Sarawak) Sdn Bhd manakala cawangan Subang Jaya akan diambil alih oleh PCM Subang Motor Sdn Bhd.

Menurut Presiden UMWT, Ravindran K, langkah ini akan membolehkan syarikat untuk memberi tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang lebih penting seperti pembangunan produk, pemasaran dan sokongan rangkaian pengedar, sementara pihak pengedar pula boleh menumpukan usaha mereka untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

“Kami berkerja dengan lebih dekat dengan pengedar-pengedar ketika ini untuk menzahirkan visi bersama untuk UMWT, iaitu untuk membawakan konsep “Best In Town”, bermaksud untuk memberi lebih tumpuan terhadap layanan individu terhadap pelanggan,” tambah beliau.

Ia selari dengan pengumuman oleh UMW Toyota Motor (UMWT) pada Oktober 2017 bahawa syarikat itu akan memindahkan semua operasi runcit cawangannya kepada pengedar dan pihak-pihak berkaitan.

Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut berkaitan rangkaian jualan dan lepas jualan Toyota serta lokasinya boleh melayari laman toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol 1800-8-TOYOTA (1800-8 869682).

Previous post

Toyota Hilux Kini Dengan Aksesori Gazoo Racing

Next post

Vespa Sei Giorni II Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *