Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Toyota Hilux Kini Dengan Aksesori Gazoo Racing

Sementara kita menunggu UMW Toyota Motor melancarkan Toyota Hilux baharu, divisyen sukan permotoran rasmi jenama itu iaitu Gazoo Racing telah memperkenalkan rangkaian aksesori yang membawa penampilan ‘rugged’-nya ke satu tahap yang baharu.

Sebagai permulaan, pelanggan di Jepun boleh mendapatkan pakej penggayaan asas yang berharga 305,800 yen (kira-kira RM11,990). Ia merangkumi penutup keras untuk bahagian belakang, bar sports, pemijak sisi yang boleh disimpan dengan rapi (retractable) dan juga ‘skid plate’ keluli hadapan dan belakang berwarna merah. Sebagai alternatif, komponen-komponen ini boleh dibeli secara berasingan.

Bukan itu sahaja, katalog Gazoo Racing turut menyenaraikan madgad ala rali, pelindung pemegang pintu dan paip ekzos berkembar yang membuatkan Hilux kelihatan lebih garang. Mereka yang gemar mendengar muzik sambil memandu juga boleh mendapatkan set pembesar suara JBL yang berharga 46,200 yen (RM1,810).

Gazoo Racing mempunyai pelbagai jenis penutup bed untuk pemilik yang ingin memastikan barang mereka boleh disimpan dengan selamat, termasuk penutup tonneau jenis ‘flip-up’ dan rangka ‘camper’ dengan beberapa konfigurasi tingkap.

Pakej ini bukan untuk mencantikkan penampilan semata-mata kerana ia turut Gazoo Racing turut menawarkan anti-roll bar yang lebih tebal untuk bahagian hadapan dan belakang. Bagaimanapun, tiada pakej naik taraf untuk enjin.

Untuk pasaran Malaysia, Hilux facelift akan ditawarkan dalam lima varian dengan harga jangkaan dari RM93,880 hingga RM148,880. Varian tertinggi adalah Hilux 2.8 Rogue yang dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.8-liter 1GD-FTV yang telah ditambahbaik untuk menghasilkan 204 PS dan 500 Nm.

Aspek keselamatan juga telah dipertingkatkan pada varian-varian tertentu menerusi penambahan teknologi Toyota Safety Sense yang merangkumi Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dan Lane Departure Alert (LDA) with Yaw Assist.

Previous post

Honda e Terbaik Untuk Pemanduan Bandar

Next post

UMW Toyota Teruskan Pemindahan Cawangan Kepada Pengedar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *