Berita Auto

Toyota GR Yaris Diperhebatkan Lagi Dengan Pakej Gazoo Racing

Divisyen sukan permotoran Toyota iaitu Gazoo Racing telah memperkenalkan pakej kit badan untuk hot hatch mereka iaitu GR Yaris.

Dikatakan dapat meningkatkan tahap kecekapan aerodinamik jentera itu, pakej ‘GR Parts’ ini merangkumi spoiler hadapan yang mengurangkan jarak lega tanah (ground clearance) sebanyak 12 mm, skirt sisi, spoiler bumbung, spoiler bampar belakang dan muffler sport dengan empat muncung ekzos.

Sebagai tambahan, Gazoo Racing menawarkan set pelekat GR dan jalur pada bahagian sisi badan, serta pelindung pemegang pintu dan pemegang nombor plat gentian karbon. Jika ini tidak mencukupi, penutup tiub tayar dan skru nombor plat eksklusif GR juga boleh didapati.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menyerlahkan lagi suasana sporty di dalam kabin dengan mendapatkan trim gentian karbon untuk papan pemuka dan panel suis tingkap, serta karpet dan pelapik lantai but GR.

Untuk memperbaiki aspek pengendalian GR Yaris, Gazoo Racing turut menawarkan ‘strut tower brace’ yang dikatakan dapat meningkatkan lagi ketegaran suspensi hadapan. Terdapat juga sistem pengelog data yang menyediakan akses kepada data prestasi jentera.

Model GR kedua yang dilancarkan oleh Toyota selepas GR Supra, GR Yaris dikuasakan oleh enjin turbo 1.6-liter empat silinder yang menghasilkan 272 PS dan 370 Nm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dan sistem pacuan semua roda.

Previous post

Tidak Perlu Jalani Pemeriksaan PUSPAKOM Untuk Perbaharui Cukai Jalan

Next post

JPJ Pulau Pinang Buru Pesalah Cermin Gelap

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *