Berita Auto

JPJ Pulau Pinang Buru Pesalah Cermin Gelap

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang kini sibuk menjalankan Ops Khas Cermin Gelap di negeri itu bagi memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Menurut peraturan baharu yang diumumkan oleh mantan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pemilik kenderaan dibenarkan untuk menggunakan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang dan cermin belakang.

Sebelum ini, kadar ketelusan cahaya tampak (VLT) untuk cermin sisi kiri dan kanan penumpang dan belakang ditetapkan pada 30%. Kadar VLT untuk cermin hadapan dan cermin kiri dan kanan pemandu pula masing-masing dikekalkan pada 70% dan 50%.

Bagaimanapun, pelanggan yang ingin menggunakan lapisan filem gelap untuk cermin kiri dan kanan pemandu dan cermin hadapan atas faktor keselamatan dan kesihatan boleh membuat permohonan dengan JPJ.

Pemohon yang memohon atas faktor keselamatan akan dikenakan fi pemprosesan sebanyak RM50 untuk setiap permohonan. Jika permohonan mereka diluluskan, mereka perlu membayar RM5,000. Setiap permit mempunyai tempoh sah selama dua tahun dan pemilik kenderaan perlu membuat permohonan semula untuk memperbaharuinya.

Bagaimanapun, mereka yang memohon untuk menggunakan cermin gelap atas faktor kesihatan pula tidak perlu membayar sebarang fi.

Walaupun telah diberikan kelonggaran, pemilik kenderaan, terutamanya kenderaan mewah, masih tidak mengedahkan peraturan mengenai cermin gelap. Menurut Bernama, JPJ Pulau Pinang telah mengeluarkan sebanyak 7,100 saman untuk pelbagai kesalahan dari Januari hingga Ogos tahun ini. Daripada jumlah tersebut, 5,638 atau 79% dikeluarkan untuk kesalahan cermin gelap dan selebihnya untuk kesalahan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi JPJ.

Previous post

Toyota GR Yaris Diperhebatkan Lagi Dengan Pakej Gazoo Racing

Next post

Hyundai Tucson Generasi ke-4 Selesai Diuji di Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *