Cerita Auto

Tidak Perlu Jalani Pemeriksaan PUSPAKOM Untuk Perbaharui Cukai Jalan

Pemilik kenderaan persendirian dengan cukai jalan yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun atau 36 bulan kini boleh membuat pembaharuan tanpa perlu menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, yang berkata keputusan dibuat oleh pihak kerajaan setelah mengambil kira permintaan pemilik kenderaan bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh mereka akibat pandemik COVID-19.

Menurut Wee lagi, berdasarkan rekod, terdapat lebih 4.27 juta kenderaan yang dikesan telah tamat cukai jalan dalam tempoh satu hingga tiga tahun.

Sebelum ini, pemilik kenderaan persendirian yang telah tamat cukai jalan dalam tempoh 12 bulan perlu menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan di PUSPAKOM sebelum dibenarkan memperbaharui cukai jalan.

Previous post

Mitsubishi Xpander Akan Dipasang di Pekan

Next post

Toyota GR Yaris Diperhebatkan Lagi Dengan Pakej Gazoo Racing

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *