Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Lynk & Co Zero Concept Masuk Fasa Produksi Tahun Hadapan

Lynk & Co telah memperkenalkan kenderaan elektrik pertamanya iaitu Zero Concept, yang akan membuat kemunculan global pada acara Beijing Auto Show bulan ini. Walaupun masih bergelar ‘konsep’, crossover ini telah disahkan akan memasuki fasa produksi di China pada tahun hadapan.

Walaupun maklumat terperinci mengenai spesifikasi teknikal model ini masih belum didedahkan, Lynk & Co mendedahkan bahawa ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam kurang empat saat dan menawarkan jarak pemanduan melebihi 700 km mengikut kitaran NEDC.

Dari segi teknologi, kereta ini bakal hadir dengan ciri kemaskini Over-the-Air di samping kecerdasan buatan (AI) dengan kawalan interaksi suara.

Zero Concept direka oleh studio rekaan Lynk & Co yang terletak di Gothenburg. Ia menggunakan platform kenderaan elektrik Geely yang dikenali sebagai Sustainable Experience Architecture (SEA).

Menurut syarikat itu, platform ini akan digunakan pada kenderaan elektrik Geely pada masa hadapan, selain ditawarkan untuk perkongsian dengan pengeluar kenderaan pihak ketiga yang ingin membangunkan kenderaan elektrik mereka sendiri.

Apabila ia memasuki pasaran, Zero Concept akan bersaing dengan crossover elektrik yang lain seperti Volkswagen ID.4, Ford Mustang Mach-E dan Nissan Ariya.

Previous post

BMW M 1000 RR - Motosikal 'M' Pertama

Next post

Harga Rasmi Toyota Hilux Facelift Diumumkan - dari RM93k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *