Motosikal / Lain Lain Roda

BMW M 1000 RR – Motosikal ‘M’ Pertama

Berikut pengenalan M3 dan M4 baharu, portfolio BMW M kini diperkembangkan lagi dengan M 1000 RR atau M RR. Dibangunkan berasaskan model S 1000 RR sedia ada, jentera terbaru dari BMW Motorrad ini dilengkapi dengan pelbagai naik taraf prestasi dan aerodinamik bagi menjadikannya lebih laju.

Berikut adalah 10 perkara yang perlu anda tahu mengenai M RR:

  • Ia dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris yang dipertingkatkan dengan ekstensif bagi menghasilkan 212 hp pada 14,500 rpm dan 113 Nm pada 11,000 rpm
  • Antara modifikasi yang dilakukan termasuklah penggunaan omboh tempaan dari Mahle, mampatan yang lebih tinggi iaitu 13.5, rod penghubung titanium yang lebih panjang dan ringan, lengan rocker yang lebih ringan, port ambilan yang dimesin dan aci sesendol yang dioptimumkan
  • Enjin itu lebih berkuasa berbanding enjin S 1000 RR dalam julat dari 6,000 rpm hingga 15,100 rpm
  • Dilengkapi dengan winglet M yang dibangunkan semasa sesi ujian intensif di litar dan di dalam terowong udara BMW Group
  • Winglet tersebut menghasilkan downforce aerodinamik yang memberikan beban tambahan pada tayar hadapan bagi melawan kecendurungan untuk wheelie
  • Downforce yang dihasilkan membolehkan penunggang membrek lebih lambat dan memberikan kestabilan di selekoh
  • Direka untuk mencatat masa terpantas di litar lumba, casisnya dipadankan dengan fork terbalik dan gegelung tengah yang ditala semula dengan kinematic Full Floater Pro
  • Ia merupakan motosikal BMW pertama yang dilengkapi dengan sistem brek M yang dibangunkan dengan pengetahuan dari Kejohanan Superbike Dunia (WSBK)
  • Dilengkapi dengan paparan TFT 6.5 inci dan antaramuka OBD yang boleh digunakan dengan kod pengaktifan untuk pengelog data dan laptrigger M GPS
  • Boleh dipesan dengan pakej M Competition yang memberikan penambahan komponen karbon, lengan ayun yang lebih ringan sebanyak 220 gram, rantai endurance dan penutup tempat duduk belakang
Previous post

McLaren 720S Hentam Penghalang Di Lebuhraya MEX

Next post

Lynk & Co Zero Concept Masuk Fasa Produksi Tahun Hadapan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *