Berita Auto

Harga Rasmi Toyota Hilux Facelift Diumumkan – dari RM93k

UMW Toyota Motor telah mengumumkan harga rasmi bagi barisan Toyota Hilux 2020 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Tempahan untuk model itu juga sudah dibuka sejak awal Ogos lalu.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Hilux Double Cab 2.4 E A/T hadir sebagai varian baharu, manakala Double Cab 2.8 Rogue A/T menggantikan Double Cab 2.8 Black Edition. Double Cab 2.4 V A/T pula merupakan naik taraf kepada Double Cab 2.4 G A/T. Model L-Edition tidak lagi dijual. Varian Double Cab 2.4 G dan Single Cab 2.4 masih ditawarkan untuk mereka yang mahukan transmisi manual.

Untuk model tahun 2020, Hilux ditawarkan dalam warna Bronze Mica Metallic, Crimson Spark Red Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown Metallic, Medium Silver Metallic, Silver Metallic dan Super White II. Hilux Single Cab hanya boleh didapati dalam warna Solid White.

Selain reka bentuk yang lebih segar, Hilux juga tampil dengan senarai kelengkapan yang dipertingkatkan dan enjin yang lebih berkuasa. Enjin 1G-FTV 2.8-liter turbodiesel kini menjana 204 PS pada 3,400 rpm dan 500 Nm antara 1,600 rpm hingga 2,800 rpm, meningkat sebanyak 27 PS dan 50 Nm berbanding sebelum ini.

Trak pikap ini turut didatangkan dengan sistem Variable Flow Control (VFC) pada sistem rak bantuan kuasa bagi stereng, Limited Slip Differential (LSD) automatik, serta Toyota Safety Sense yang terdiri daripada tiga rangkaian sistem berbeza iaitu sistem pra perlanggaran (PCS), kawalan melayar radar dinamik (DRCC) serta amaran pertukaran lorong dengan ciri Yaw Assist.

Berikut adalah senarai harga rasmi bagi semua varian Hilux 2020. Apa yang menarik, terdapat diskaun sebanyak RM2,000 untuk pelanggan terawal yang membeli varian Double Cab 2.8 Rogue A/T.

Previous post

Lynk & Co Zero Concept Masuk Fasa Produksi Tahun Hadapan

Next post

Tommi Mäkinen Dilantik Sebagai Penasihat Motorsport Untuk Toyota Motor

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *