Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Kia Sorento Kini Dalam Versi PHEV

Selepas pengenalan rasminya kira-kira enam bulan lalu, rangkaian model Kia Sorento 2021 kini diperkembangkan lagi dengan varian hibrid plug-in (PHEV) baharu yang menawarkan 265 PS dan 350 Nm.

Kuasa keseluruhan tersebut dibekalkan oleh gabungan enjin 1.6-liter T-GDi yang menghasilkan 180 PS dan 265 Nm, dan sebuah motor elektrik yang mampu menjana sehingga 66.9 kW dan 304 Nm. Motor elektrik ini dikuasakan oleh pek bateri lithium-ion polimer berkapasiti 13.8 kWj yang terletak di bawah lantai kabin.

Kuasa disalurkan ke keempat-empat roda menerusi transmisi automatik enam kelajuan. Jarak pemanduan elektriknya masih belum didedahkan namun menurut Kia, ia cukup untuk pemanduan jarak dekat.

Sorento PHEV membawa bersamanya beberapa inovasi terbaharu termasuki sistem penyejukan cecair untuk pek bateri serta lamina dua peringkat baharu bagi mengurangkan bunyi bising dan gegaran motor elektrik.

Platform saiz-pertengahan yang digunakan oleh Sorento memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan ruang kabin. Walaupun mempunyai bateri yang besar, Sorento PHEV masih mampu menawarkan antara ruang but yang terbesar dalam segmennya iaitu 809 liter bagi versi tujuh tempat duduk dan 898 liter bagi versi lima tempat duduk.

Dari segi visual, Sorento PHEV tidak begitu berbeza jika dibandingkan dengan varian lain kecuali mempunyai lencana ‘eco plug-in’ dan port pengecas pada bahagian belakang.

Di dalam, kluster instrumen digital berukuran 12.3 inci dikekalkan manakala skrin sentuh sistem infotainmen 10.25 inci kini mempunyai fungsi baharu yang membolehkan pemandu mencari stesen pengecas dengan lebih mudah.

Ciri-ciri standard lain yang disertakan termasuk Apple CarPlay, Android Auto, sistem audio Bose, sistem telematiks UVO Connect, pencahayaan ambien dan sistem keselamatan ADAS.

Previous post

Sama Seperti X70 Dahulu Brosur & Spesifikasi Proton X50 PALSU Menular

Next post

Mugen Hasilkan Pakej Naik Taraf Untuk Honda S660

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *