Berita Auto

Hyundai Kona Sudah Berada di Malaysia

Pasaran crossover segmen-B di negara ini cukup hangat dengan persaingan antara Honda HR-V, Toyota C-HR, Mazda CX-3 serta model-model Proton dan Perodua yang akan datang.

Hyundai nampaknya tidak mahu ketinggalan untuk bersaing dalam segmen yang menguntungkan ini. Berdasarkan gambar yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook Hef Riz, pengedar rasmi Hyundai di Malaysia iaitu Hyunda-Sime Darby Motors mungkin akan melancarkan Kona tidak lama lagi.

Diperkenalkan di peringkat global pada 2017, Kona merupakan taruhan Hyundai dalam segmen crossover kompak. Ia menampilkan rekaan yang segar dengan lampu hadapan berkembar, jeriji ‘cascading’ dan lampu LED belakang yang nipis.

Bergantung pada varian, ruang kabinnya menampilkan skrin TFT lima inci, paparan LCD tujuh inci serta paparan bersaiz lapan inci yang memuatkan fungsi-fungsi seperti navigasi dengan peta 3D, Apple CarPlay, Android Auto dan bermacam lagi.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai enjin yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Bagi pasaran-pasaran lain, Kona boleh didapati dengan enjin 1.0-liter T-GDI tiga silinder, 1.6-liter T-GDI dan 2.0-liter.

Jangkaan kami, Hyundai tidak akan menawarkan enjin 1.0-liter itu kerana ia didatangkan dengan transmisi manual enam kelajuan. Syarikat itu mungkin akan membawa masuk versi 1.6 T-GDI bagi membolehkannya bersaing dengan Proton X50 1.5 turbo.

Ia menghasilkan 177 PS dan 265 Nm dan dipadankan dengan transmisi klac berkembar (DCT) tujuh kelajuan, iaitu sama dengan Tucson model sedia ada.

Bagaimanapun, ada juga kemungkinan Kona ditawarkan dengan enjin 2.0-liter aspirasi natural dengan transmisi automatik konvensional enam kelajuan. Ini tidak mustahil memandangkan semua pesaing terdekatnya turut menggunakan enjin NA.

Satu lagi persoalan, adakah Kona akan ditawarkan dalam versi CBU atau CKD? Hyundai-Sime Darby Motors mempunyai beberapa model CKD dalam rangkain mereka iaitu Elantra, Ioniq, Tucson dan Santa Fe. Jika Kone turut dipasang secara tempatan, ia pasti akan dijual pada harga yang lebih kompetitif.

Previous post

Mahindra Thar Serba Baharu Boleh Jadi Alternatif Kepada Jimny

Next post

Mazda CX-9 Dapat Skrin Infotainment Lebih Besar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *