Berita Auto

Mazda CX-9 Dapat Skrin Infotainment Lebih Besar

SUV flagship Mazda iaitu CX-9 telah diberikan penambahbaikan dalam bentuk skrin infotainment yang lebih besar dan varian baharu bagi pasaran Amerika Syarikat.

Untuk model tahun 2021, CX-9 akan mendapat skrin infotainment berukuran 10.25 inci bagi menggantikan unit 9 inci yang sedia ada. Skrin terbaharu itu dilengkapi dengan perisian MZD Connect dan antaramuka generasi baharu, di samping menyokong ciri Apple CarPlay, Android Auto dan Wifi tempoh percubaan untuk dua bulan atau 2GB.

Mazda turut menawarkan perkhidmatan Mazda Connected Services yang membolehkan pemilik memantau status kenderaan serta mengawal beberapa fungsi menerusi aplikasi MyMazda. Perkhidmatan ini ditawarkan dengan tempoh percubaan selama tiga tahun.

Selain itu, CX-9 kini boleh didapati dalam versi Carbon Edition dan Signature. Carbon Edition hadir dalam warna Polymetal Grey dengan kemasan hitam berkilat pada cermin sisi dan jeriji. Ia memakai rim 20 inci berwarna hitam.

Ruang kabin pula dihiasi dengan upholsteri kulit merah dan trim hitam metalik pada papan pemuka, panel pintu dan pemegang pintu. Turut disertakan adalah ciri pengudaraan pada kerusi hadapan, pemanas stereng dan tempat duduk barisan kedua, serta ciri keselamatan Reverse Braking Assist dan Driver Attention Alert.

Sementara itu, model Signature yang merupakan varian tertinggi mednapat kemasan Titanium Grey pada jeriji, rim aluminium aloi berukuran 20 inci dengan kemasan Brilliant Silver, muncung ekzos yang lebih besar, upholsteri kulit Nappa, trim Santos Rosewood dan trim aluminium pada bahagian dalaman.

Previous post

Hyundai Kona Sudah Berada di Malaysia

Next post

Mercedes-Benz C200 Coupe AMG Line Dilancarkan Dengan Enjin Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *