Motosikal / Lain Lain Roda

Michelin Lancar Empat Tayar ‘Power’

Michelin telah melancarkan rangkaian tayar baharu yang dikenali sebagai Power untuk pasaran Malaysia. Ia terdiri daripada empat model iaitu Power 5, Power GP, Power Cup 2 dan Power Slick.

Direka untuk kegunaan di jalan raya, Power 5 dan Power GP menggunakan gabungan inovatif silika dan karbon hitam. Power 5 direka 100% untuk jalan raya manakala Power GP pula 50% sesuai untuk jalan raya dan 50% untuk litar.

Sementara itu, Power Cup 2 dan Power Slick dibangunkan khas untuk kegunaan di litar lumba. Power Cup 2 merupakan 10% tayar jalan raya dan 90% tayar litar, mempunyai bunga dan sah untuk digunakan di jalan raya. Power Slick pula disasarkan kepada penggemar ‘track day’ yang ingin mencatat masa terpantas di litar lumba.

“Keempat-empat produk baharu ini disasarkan kepada pencinta kelajuan, yang merupakan segmen teras pelanggan dua roda kami. Samada untuk penampilan sporty, reka bentuk bunga, kestabilan dan prestasi terbaik pada kelajuan tinggi, kumpulan sasaran ini pasti berpuas hati dengan rangkaian Michelin Power,” kata Ross Shields, Pengarah Komersil Michelin 2-Wheels Asia.

Berikut adalah senarai harga dan saiz yang ditawarkan bagi Power 5 dan Power GP serta Cup 2 dan Slick:

Previous post

MINI Convertible Sidewalk Edition Tiba di Malaysia

Next post

Jaguar F-Pace Edisi Terhad Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *