Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Ford Mustang Mach-E 1400 – SUV Elektrik Serba Boleh

Ford telah memperkenalkan Mustang Mach-E 1400, sebuah prototaip berkuasa tinggi yang dihasilkan dengan kerjasama RTR. Walaupun tidak mempunyai ‘ngauman’ yang mengujakan seperti Mustang V8, ia masih mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang memandunya.

Ini kerana Mustang Mach-E 1400 mempunyai kuasa sebanyak 1,400 hp yang dibekalkan oleh bukan satu atau dua tetapi TUJUH buah motor elektrik – tiga pada gandar hadapan dan selebihnya pada gandar belakang di mana ia disusun secara bertingkat.

Kesemua motor elektrik tersebut dihubungkan kepada differential menerusi driveshaft tunggal. Menurut Ford, unit differential itu boleh dilaras untuk pelbagai jenis pemanduan seperti drift, gymkhana atau perlumbaan di litar. Susun atur ini juga membolehkan SUV elektrik ini dikonfigurasikan sebagai pacuan roda hadapan (FWD), roda belakang (RWD) atau semua roda (AWD).

Kesemua motor elektrik tersebut dikuasakan oleh bateri 56.8 kWj yang mempunyai sel nikel mangan kobalt untuk prestasi dan kadar discaj yang tinggi. Bateri ini direka untuk menyejuk semasa proses pengecasan dengan menggunakan penyejuk khas.

Selain itu, jentera ini juga dilengkapi dengan sistem brek Brembo dengan ABS dan teknologi brek janaan semula, serta sistem brek tangan hidraulik untuk aksi drift. Turut disertakan adalah sistem kawalan yang boleh menyekat penyaluran kuasa ke gandar belakang.

Bakal membuat kemunculan pertamanya di perlumbaan NASCAR tidak lama lagi, Mustang Mach-E 1400 mempunyai hud yang diperbuat daripada gentian komposit dan ciri aerodinamik yang dikatakan boleh menjana downforce sehingga 1,044 kg pada kelajuan 256 km/j.

Previous post

Allianz Motorcycle Plus Tawar Perlindungan Tanpa Kos Tambahan

Next post

Lamborghini Aventador SVJ Xago Edition Diinspirasikan Oleh Awan Planet Zuhal

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *