Motosikal / Lain Lain Roda

Allianz Motorcycle Plus Tawar Perlindungan Tanpa Kos Tambahan

Walaupun motosikal mudah ditunggang dan menjimatkan, tidak dinafikan lagi penunggang motosikal berdepan risiko kemalangan dan kecederaan yang lebih tinggi ketika mereka berada di jalan raya.

Atas sebab ini, Allianz General telah memperkenalkan Allianz Motorcycle Plus yang disasarkan kepada mereka yang menunggang motosikal bawah 245 cc.

Dilancarkan pada April tahun lepas, Allianz Motorcycle Plus menawarkan perlindungan asas yang melindungi kerugian dan kerosakan pada motosikal disebabkan kemalangan, kebakaran dan kecurian; kematian pihak ketiga dan kecederaan badan; dan kerugian atau kerosakan pihak ketiga.

Ia menawarkan dua jenis perlindungan iaitu Komprihensif dan Pihak Ketiga Sahaja. Dengan perlindungan komprihensif, penunggang layak untuk mendapat faedah seperti berikut:

  • Perlindungan Kemalangan sebanyak RM5,000 (untuk kematian dan kecacatan kekal),
  • Pendapatan Hospital sebanyak RM50 sehari (sehingga 60 hari)
  • Perlindungan Jumlah Diisuranskan Sepenuhnya Peril Khas (perlindungan banjir, tanah runtuh atau bencana alam yang lain)

Sementara itu, mereka yang memilih perlindungan Pihak Ketiga Sahaja akan menerima:

  • Perlindungan Kemalangan sebanyak RM5,000 (untuk kematian atau kecacatan kekal)
  • Pendapatan Hospital sebanyak RM50 sehari (sehingga 60 sehari) tanpa bayaran premium tambahan

“Apa yang Allianz General menawarkan kepada pelanggan ialah perlindungan tambahan tanpa bayaran tambahan kerana apa yang penting ialah menyediakan perlindungan yang betul-betul akan membawa perubahan dalam kehidupan rakyat Malaysia. Lagipun, jika seseorang perlu melindungi penunggang kapcai, biarlah kami yang melakukannya,” kata Horst Habbig, Ketua Pegawai Jualan Allianz General.

Horst Habbig, Ketua Pegawai Jualan Allianz General

Habbig juga mengetengahkan bahawa antara Mei 2019 hingga Mei 2020, Allianz General telah mengeluarkan lebih 720,000 polisi Allianz Motorcycle Plus.

Untuk membeli Allianz Motorcycle Plus, layari quote.allianz.com.my/onlinequote/ atau ketahui lebih lanjut di allianz.com.my/motorcycle-plus.

Untuk kerosakan dan pertolongan kemalangan, hubungi 15500 (pusat panggilan pertolongan kemalangan), perkhidmatan 24 jam yang percuma disediakan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Previous post

Pelanggan Ford Kini Boleh Tempah Temujanji Servis Secara Masa Nyata

Next post

Ford Mustang Mach-E 1400 - SUV Elektrik Serba Boleh

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *