Berita Auto

Nasim Lancar Bilik Pameran Dalam Talian Peugeot

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi Peugeot di Malaysia, mengadaptasi normal baharu dengan pelancaran Peugeot e-Showroom pada laman web rasmi mereka.

Bilik pameran dalam talian ini diperkenalkan bagi memudahkan lagi pelanggan untuk mencari dan membeli model-model Peugeot seperti 3008 SUV Plus dan 5008 SUV Plus.

Serentak dengan pelancaran ini, Nasim turut memperkenalkan perkhidmatan pandu uji dari rumah secara percuma. Mereka yang berminat hanya perlu memilih model yang ingin dipandu uji dari e-Showroom, isi borang tempahan dan tunggu sehingga dihubungi oleh penasihat jualan Peugeot.

Selain itu, pelbagai tawaran menarik dan diskaun bernilai sehingga RM19,000 turut ditawarkan. Pelanggan yang membeli 3008 SUV Plus atau 5008 SUV Plus akan mendapat waranti lima tahun dan pakej penyelenggaraan percuma tiga tahun.

“Walaupun perniagaan telah kembali dibuka, kami tetap mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan kami. Sejajar dengan prinsip baharu dan untuk menyediakan persekitaran tanpa rasa bimbang kepada pelanggan, kami telah melancarkan bilik pameran dalam talian menerusi laman web kami untuk kemudahan dan ketenganan minda semua,” kata Dato’ Nik Hamdam Nik Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings.

Previous post

Facelifted BMW M5 dan M5 Competition Dilancarkan

Next post

Program Kereta Terpakai Volvo SELEKT Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *