Promosi / Tawaran / Peraduan

Hyundai Adakan Promosi Eksklusif Hujung Minggu Ini

Mulai esok hingga Ahad (12-14 Jun), Sime Darby Motors City, Ara Damansara dan wakil-wakil pengedar Sime Darby Auto Hyundai (SDAH) yang lain di seluruh negara akan mengadakan promosi menarik untuk model baharu dan pra-milik.

Promosi yang berlangsung selama tiga hari ini menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk mereka yang ingin membeli kereta Hyundai, termasuk rebat tunai sehingga RM18,000 dan pelbagai aksesori percuma dengan setiap pembelian model terpilih.

Menurut SDAH, para pelanggan tidak perlu risau tentang kualiti kerana semua kenderaan pra-milik Hyundai telah menjalani pemeriksaan yang ketat bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang baik.

Setiap unit yang dijual berusia kurang lima tahun dengan perbatuan tidak melebihi 100,000 km, alat ganti tulen dan enjin asal serta bebas kemalangan.

Hyundai Santa Fe

Bukan itu sahaja, pakar jualan Hyundai juga akan berada di bilik pameran untuk menjawab segala persoalan bagi membantu pelanggan membuat keputusan dalam pembelian.

Pelanggan yang ingin berkunjung ke bilik pameran Hyundai yang terdekat dinasihatkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu. Slot yang disediakan adalah dari 9 pagi hingga 11 pagi, 11 pagi hingga 1 petang, 1 petang hingga 3 petang dan 3 petang hingga 5 petang.

“Walaupun kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, Hyundai Sime Darby Motors tetap komited dalam memastikan kesihatan dan keselamatan semua pengunjung di bilik pameran. Prosedur Operasi Standard (SOP) akan ditempatkan bagi memastikan sesi pandu uji dijalankan dalam persekitaran yang selamat. Semua kenderaan dinyahkuman sebelum dan selepas setiap sesi pandu uji dan penjarakan sosial akan diamalkan pada setiap masa,” kata Low Yuan Lung, Pengarah Urusan Hyundai Sime Darby Motors.

Previous post

BMW Motorrad Malaysia Tawar Lanjutan Waranti

Next post

Model Subaru XV 2021 Dilancarkan + Video

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *