Motosikal / Lain Lain Roda

BMW Motorrad Malaysia Tawar Lanjutan Waranti

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan program lanjutan waranti bagi motosikal-motosikal BMW, berserta dengan lanjutan waranti bertempoh lima tahun bagi produk topi keledar BMW.

Menurut syarikat itu, waranti motosikal BMW yang luput antara 18 Mac 2020 dan 1 Mei 2020 akan dilanjutkan sehingga 1 Julai 2020. Waranti berkenaan juga meliputi komponen-komponen tertentu yang lain. Tiada perubahan dalam terma dan syarat waranti yang asal.

Bagi pemilik yang menghadapi masalah bateri ketika PKP, BMW Motorrad Malaysia juga telah mengumumkan sebuah kempen istimewa yang menawarkan bateri dan pengecas bateri dengan harga baharu yang menarik. Kempen ini berlangsung sehingga 10 Julai 2020.

Sementara itu, waranti bertempoh dua tahun yang sedia ada bagi semua topi keledar dalam barisan produk BMW Motorrad akan dilanjutkan kepada lima tahun. Secara retroaktif, tarikh mula tempoh sah bagi lanjutan waranti berkenaan ialah 1 Januari 2020.

Waranti helmet BMW yang bertempoh lima tahun ini meliputi masalah kecelaan material serta pembuatan produk berkenaan namun tidak merangkumi kerosakan pada sistem komunikasi, kerosakan akibat kemalangan, penjagaan yang kurang baik, serta pemasangan sistem dan aksesori pihak ketiga yang tidak sesuai.

Kelusuhan yang lazim, kesan calar pada visor, visor matahari, petala topi keledar atau komponen plastik yang lain juga tidak dilindungi oleh waranti tersebut.

Previous post

Toyota Lancar Pakej Pembiayaan Khas Untuk Graduan

Next post

Hyundai Adakan Promosi Eksklusif Hujung Minggu Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *