Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Toyota Prius Sambut Ulang Tahun ke-20

Sukar untuk dipercayai bahawa sudah hampir 20 tahun Toyota Prius berada di pasaran. Bagi meraikan ulang tahun model hibrid itu, Toyota memperkenalkan Prius 2020 Edition untuk pasaran Amerika Syarikat.

Menurut Toyota, model edisi istimewa itu adalah berasaskan varian dan akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 2,020 unit. Apa yang istimewa mengenai Prius 2020 Edition?

Bermula dari bahagian luar, ia didatangkan dalam warna Supersonic Red atau Wind Chill Pearl, dengan kemasan hitam pada lampu hadapan, tiang B, cermin sisi dan rim aloi 17 inci. Kereta ini juga dilengkapi dengan spoiler belakang mengikut warna badan.

Di dalam, Toyota menggunakan kemasan berwarna hitam pada tombol gear dan tiang A, manakala corong pendingin hawa dihiasi dengan kemasan ‘smoked’. Selain itu, kunci dan karpet menampilkan logo “2020” istimewa.

Varian XLE didatangkan standard dengan pelarasan lapan cara dan fungsi pemanas bagi tempat duduk pemandu, Android Auto dan Apple CarPlay. Ia juga mempunyai sistem Toyota Safety Sense 2.0 yang merangkumi ciri-ciri keselamatan seperti berikut:

  • Pre-Collision System with Low-Light Pedestrian Detection
  • Full-Speed Range Dynamic Radar Cruise Control
  • Bicyclist Detection
  • Lane Departure Alert
  • Automatic High Beams
  • Road Sign Assist
Previous post

Fasa Kedua Insentif RM500 Untuk Permandu E-Hailing Sudah Dibayar

Next post

Alpina D3 S Pamer Kehebatan Kuasa Diesel

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *