Berita Auto

Mitsubishi Buka Semula Semua Bilik Pameran, Pusat Servis

Semua bilik pameran dan pusat servis Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) di seluruh negara telah menyambung semula operasi, lengkap dengan pelaksanaan amalan keselamatan untuk memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan.

Bagaimanapun, pelanggan masih boleh memandu uji kenderaan Mitsubishi tanpa perlu ke bilik pameran menerusi perkhidmatan Test Drive 2U yang baru dilancarkan.

Untuk mendaftar minat, pelanggan hanya perlu melayari laman sesawang Test Drive 2U, pilih varian kenderaan Mitsubishi yang ingin dipandu uji dan tekan butang ‘Test Drive 2U’.

Seterusnya, masukkan lokasi pandu uji dan bilik pameran Mitsubishi yang terdekat. Kemudian isikan maklumat peribadi sera tarikh dan waktu pandu uji. Pelanggan akan dihubungi oleh perunding jualan menerusi Whatsapp atau panggilan telefon.

Pelanggan tidak perlu khuatir kerana kenderaan dan kunci kereta akan disanitasi sebelum dan selepas pandu uji. Perunding jualan akan memakai cecair pencuci tangan dan topeng muka (pelanggan digalakkan untuk melakukan perkara yang sama) dan akan duduk di belakang semasa pandu uji. Hanya seorang pelanggan dibenarkan untuk memandu uji pada satu-satu masa.

Previous post

Toyota Umum Pemenang Vios Challenge Musim Ketiga

Next post

Volvo S60 T8 Versi CKD Dilancarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *