Berita Auto

Volvo S60 T8 Versi CKD Dilancarkan

Volvo Car Malaysia telah melancarkan S60 versi pemasangan tempatan (CKD). Seperti versi import (CBU) yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu, model sedan ini ditawarkan dalam versi T8 R-Design.

S60 T8 Twin Engine merupakan model hibrid plug-in yang menampilkan enjin turbo/supercharger 2.0-liter empat silinder dan motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan berjumlah 407 hp dan 640 Nm.

Dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD), ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.4 saat. Walaupun mempunyai prestasi setanding kereta sport, sedan ini juga boleh dipandu dengan kuasa elektrik sejauh 46 km.

Secara keseluruhannya, versi CKD ini hadir dengan kelengkapan yang sama dengan versi CBU namun dengan penambahan sistem Pilot Assist yang membantu mengawal stereng, pendikit dan brek pada kelajuan sehingga 130 km/j.

Turut disertakan secara standard adalah City Safety dengan teknologi Autobrake, Run-off Road Mitigation, Oncoming Lane Mitigation dan Cross Traffic Alert.

Walaupun mendapat ciri tambahan, S60 T8 CKD dijual pada harga yang sama iaitu RM295,888 (harga atas jalan tidak termasuk insurans). Ia boleh didapati dalam empat warna iaitu Crystal White Pearl, Fusion Red Metallic, Onyx Black Metallic dan Pebble Grey Metallic.

Model ini boleh didapati di semua pengedar sah Volvo di seluruh negara bermula hari ini. Secara alternatif, pelanggan boleh membuat tempahan secara dalam talian menerusi laman sesawang syarikat itu.

Previous post

Mitsubishi Buka Semula Semua Bilik Pameran, Pusat Servis

Next post

Ford Ranger FX4 Bakal Dilancarkan Pada 3 Jun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *