Berita Auto

Pusat Servis Mitsubishi Terpilih Kembali Beroperasi

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, telah mengumumkan bahawa ia akan menyambung semula operasi pusat servis yang terpilih di seluruh negara bermula hari ini.

Menurut syarikat itu, sebahagian daripada pusat servis bertauliahnya telah mendapat kebenaran dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Industri (MITI) untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat.

Pelanggan yang memerlukan servis dan penyelenggaraan kenderaan boleh menghubungi pusat servis MMM yang terdekat.

Bagi memastikan premis dalam keadaan selamat untuk kakitangan dan pelanggannya, MMM akan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

  • Servis berdasarkan janji temu sahaja, ‘walk in’ tidak dibenarkan
  • Penerimaan kereta tanpa kontak
  • Hantar dan ambil sahaja, pelanggan tidak dibenarkan menunggu di premis
  • Pemeriksaan suhu dan penggunaan topeng untuk pelanggan dan kakitangan
  • Kenderaan akan disanitasi sebelum diserahkan kepada pelanggan

Untuk bantuan kecemasan dan pertanyaan, hubungi pusat panggilan Mitsubishi Assist 24Hours di talian 1-800-88-2166/03-21610246. Layari laman web rasmi MMM untuk maklumat lanjut.

Previous post

Honda Malaysia Sambung Semula Operasi Pusat Servis

Next post

Apakah Masa Depan F1 Selepas COVID-19?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *