Berita Auto

Honda Malaysia Sambung Semula Operasi Pusat Servis

Berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke Fasa 4, pejabat jualan, kilang pengeluaran dan bilik pameran Honda Malaysia akan terus ditutup dalam tempoh ini.

Bagaimanapun, syarikat itu akan menyambung semula operasi selepas jualannya secara beransur-ansur bermula hari ini (29 April 2020) selepas mendapat kelulusan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Untuk memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan, Honda Malaysia akan melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti penjarakan sosial, pembersihan dan pembasmian kuman secara kerap di premis, pengambilan suhu badan dan penyediaan cecair pencuci tangan. Ruang kanak-kanak dan kafe juga ditutup sepanjang tempoh PKP.

Pelanggan diminta untuk membuat janji temu terlebih dahulu bagi memastikan urusan berjalan lancar dan slot servis dapat disediakan. Honda Malaysia juga akan memastikan jumlah pelanggan yang hadir dihadkan pada kapasiti minimum.

Selain itu, syarikat itu juga akan menjalankan perkhidmatan ‘car drop’ di mana pelanggan boleh menghantar kereta mereka ke pusat servis dan melakukan perbincangan mengenai kemas kini atau pertanyaan melalui telefon sahaja.

Jadual di bawah menunjukkan pusat-pusat servis yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh PKP:

Previous post

Audi Umum Keluar Dari DTM

Next post

Pusat Servis Mitsubishi Terpilih Kembali Beroperasi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *