Sukan

Audi Umum Keluar Dari DTM

Audi mengumumkan bahawa mereka akan menarik dari siri perlumbaan kereta touring Deutsche Tourenwagen Masters (DTM) pada akhir musim ini.

Menurut syarikat itu, keputusan diambil berikutan cabaran ekonomi yang perlu dihadapinya akibat pandemik Covid-19 yang sedang melanda. Ia juga selari dengan sasaran Audi untuk menjadi syarikat automotif dengan jejak karbon neutral.

Walau bagaimanapun, syarikat yang berpangkalan itu akan terus terlibat dalam perlumbaan pelanggan (customer racing) dan Formula E, di mana ia telah memperoleh 41 trofi setakat ini.

Bertanding dalam DTM sejak 1990, Audi memiliki 23 gelaran termasuk 11 gelaran pemandu, serta 114 kemenangan, 345 podium, 106 permulaan di petak pertama dan 112 lap terpantas. Tahun 2019 merupakan musim paling berjaya untuk Audi dengan tiga gelaran juara.

Previous post

3 Cara Isuzu UK Mod D-Max Mereka

Next post

Honda Malaysia Sambung Semula Operasi Pusat Servis

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *