Cerita Auto

Semua Pengedar Toyota dan Lexus Terus Ditutup

Dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa semua wakil pengedar Toyota dan Lexus akan terus ditutup.

Walau bagaimanapun, pelanggan masih boleh menghubungi syarikat itu untuk sebarang kecemasan atau pertanyaan semasa tempoh PKP menerusi talian hotline sedia ada dan lima talian hotline tambahan yang diwujudkan khas. Berikut adalah nombor-nombor talian hotline tersebut:

Pertanyaan dan Bantuan Umum
*Isnin – Jumaat, 8 pagi – 7 petang
1800-8-TOYOTA (869682)
Hotline Tambahan
*Isnin – Jumaat, 8 pagi – 7 petang  
017-627 8962
016-869 6107
014-333 5380
016-633 2865
016-638 7678
Bantuan Kecemasan 24/71800-888-247
Email Sokongan Pelanggancustomersupport@toyota.com.my

Selain itu, turut diumumkan bahawa semua kenderaan yang dibeli dari UMW Toyota Motor dan pengedar sah dengan jaminan yang tamat tempoh semasa PKP akan mendapat sambungan 30 hari yang dikira dari hari terakhir PKP.

Semua temujanji servis yang dijadualkan semasa tempoh PKP akan dijadualkan semula selepas PKP ditamatkan dan operasi bersambung semula.

UMW Toyota Motor menggalakkan semua untuk duduk di rumah dan jaga keselamatan. Syarikat itu juga memberi jaminan bahawa sokongan akan diberikan jika perlu semasa tempoh ini.

Previous post

Jangan Biarkan Tikus Buat Rumah Dalam Enjin Anda Ketika PKP Ini

Next post

Mampukah Stesen Minyak Hidup Semasa COVID-19?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *