Berita Auto

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Hyundai Elantra 2021

Hyundai Elantra versi 2021 telah diperkenalkan secara rasmi. Model generasi ketujuh ini dibina menggunakan platform K3 baharu dan buat pertama kalinya versi hibrid turut ditawarkan.

Luaran

  • Bentuk coupe empat pintu
  • Ukuran lebih besar berbanding model sebelum ini: panjang 4,676 mm (+56 mm), lebar 1,826 mm (+25 mm), tinggi 1,415 mm (-20 mm) dan jarak roda 2,720 mm (+20 mm)
  • Model kedua menampilkan bahasa reka bentuk Sensuous Sportiness selepas Sonata
  • Rekaan gril permata parametrik, rim Parametric Dynamics berukuran 15 hingga 17 inci, lampu belakang H-Tail seperti logo Hyundai

Dalaman

  • Susun atur “kepompong” seperti kokpit pesawat
  • Kluster instrumen 10.25 inci dan paparan infotainmen 10.25 inci
  • Skrin 8 inci untuk varian standard
  • Sokongan Apple CarPlay, Android Auto, Bluetooth, sistem pengecaman suara dan navigasi
  • Sistem BlueLink, pengecas wayarles dan sistem audio Bose dengan lapan pembesar suara ditawarkan secara pilihan
  • Rekaan pemegang unik untuk penumpang hadapan
  • Sistem pencahayaan LED dengan 64 warna

Platform K3

  • Overhang hadapan yang lebih pendek dan jarak roda (wheelbase) lebih panjang
  • Kedudukan pusat graviti dan tempat duduk lebih rendah
  • Kotak gear dinaikkan untuk respon stereng lebih baik
  • Struktur tapak suspensi diperbaiki untuk pengendalian lebih responsif
  • Sistem suspensi ‘multilink’ bebas sepenuhnya pada bahagian belakang
  • Dibangunkan khas untuk menampung enjin pembakaran dalam dan hibrid

Enjin

  • Enjin petrol 2.0-liter MPI Atkinson Cycle menghasilkan 147 hp pada 6,200 rpm dan 179 Nm pada 4,500 rpm
  • Intelligent Variable Transmission (IVT) dengan tali sawat rantai yang meningkatkan kecekapan sebanyak 1.2 peratus berbanding tali sawat biasa
  • Versi hibrid dikuasakan oleh enjin 1.6-liter GDI Atkinson Cycle dan sebuah motor elektrik berkapasiti 32 kW (43 hp)
  • Kuasa untuk motor elektrik tersebut datang dari pek bateri lithium-ion 1.32 kWh yang terletak di bawah tempat duduk belakang
  • Kuasa keseluruhan adalah 139 hp dan 264 Nm
  • Digandingkan dengan transmisi dwi-klac enam kelajuan

Sistem keselamatan

Elantra dilengkapi dengan sistem Hyundai SmartSense yang hadir dengan ciri-ciri berikut:

  • Forward Collision-Avoidance Assist (FCA) with Pedestrian Detection
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Lane Following Assist (LFA)
  • High Beam Assist (HBA) 
  • Driver Attention Warning (DAW)
  • Kamera belakang

Ciri-ciri berikut ditawarkan secara pilihan:

  • Blind-Spot Collision Avoidance Assist (BCA) with Rear Cross-Traffic Alert (RCA) and Lane Change Assist (LCA)
  • Smart Cruise Control (SCC)
  • Highway Driving Assist (HDA)
  • Safe Exit Warning (SEW)
  • Reverse Parking Collision Avoidance Assist (RPCA) 
Previous post

Satu Kes COVID-19 Disahkan di DRB-HICOM Auto Solutions, Pekan

Next post

Pandu Uji Ringkas - Lexus UX 200 Luxury

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *