Berita Auto

Satu Kes COVID-19 Disahkan di DRB-HICOM Auto Solutions, Pekan

DRB-HICOM Berhad memaklumkan bahawa seorang kakitangan DRB-HICOM Auto Solutions Sdn Bhd (DHAS) di Pekan, Pahang telah sah dijangkiti virus COVID-19.

Wanita tersebut telah dijangkiti melalui suami beliau yang terdedah kepada virus tersebut melalui Ketua di tempat kerja beliau. Ketua tersebut adalah antara yang menghadiri majlis tabligh di Sri Petaling, Selangor lewat bulan lalu.

Anak lelaki kakitangan tersebut juga telah disahkan positif COVID-19. Proses mengesan senarai hubungan kedua-dua mereka telah pun dimulakan, dan langkah-langkah seperti isolasi kepada mereka yang tersenarai juga akan diambil.

Kawasan yang perlu melalui proses pembasmian kuman berkait perkara ini telah dikenalpasti dan kerja-kerja akan bermula secepat mungkin. Kedua-dua pesakit kini sedang dirawat di hospital.

Syarikat-syarikat di dalam Kumpulan DRB-HICOM kini menuruti Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan Kerajaan pada hari Isnin lalu. Kecuali operasi perniagaan yang disenaraikan sebagai Perkhidmatan Perlu semua operasi Kumpulan kini menggunapakai protocol Kerja Dari Rumah.

Previous post

Kakitangan PLUS Disahkan Positif COVID-19

Next post

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Hyundai Elantra 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *