Sukan

Pasukan PETRONAS De Rooy IVECO Atasi Cabaran Rali Dakar 2020

Pasukan PETRONAS De Rooy IVECO memperlihatkan tekad dan kesungguhan mereka dengan mempamerkan prestasi terpuji dalam Rali Dakar 2020 kategori trak yang diadakan di Arab Saudi.

Pemandu pasukan iaitu Janus van Kasteren menghabiskan perlumbaan 12 peringkat itu pada kedudukan keenam dengan catatan masa 51 jam 00 minit 33 saat, iaitu 4 jam 26 minit 57 saat di belakang pemenang keseluruhan, Andrey Karginov dari Kamaz-Masters.

Sementara itu, rakan sepasukannya iaitu Albert Llover yang merupakan bekas atlet ski Olimpik yang lumpuh dari pinggang ke bawah, menamatkan saingan di tempat ke-15 dengan catatan 59 jam 9 minit 28 saat, diikuti oleh Michiel Becx dengan catatan 61 jam 13 minit 33 saat.

75 peratus daripada laluan sepanjang 7,500 km dalam cabaran tahun ini terdiri daripada gurun yang memerlukan peserta mempamerkan kemahiran memandu dan pandu arah terbaik mereka. Akhirnya, hanya 70 peratus peserta berjaya melintasi garisan penamat.

Keadaan yang ekstrem menekankan kepentingan teknologi bendalir canggih yang ditampilkan oleh pelincir PETRONAS Urania dan PETRONAS Tutela bagi memastikan enjin yang memacu trak Powerstar dan Trakker sentiasa berjalan lancar.

Dengan semangat dan tahap motivasi yang tinggi, pasukan PETRONAS De Rooy IVECO mensasarkan untuk menunjukkan prestasi yang lebih mantap dalam Rali Dakar edisi ke-43 tahun hadapan.

Previous post

BR 03-92 GREY LUM Untuk Bacaan Yang Optimum

Next post

Honda Accord 1.5L VTEC Turbo Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *