Bisnes

Harga Model CKD Toyota Kekal

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan bahawa setakat ini tiada perancangan untuk menaikkan harga model-model Toyota versi pemasangan tempatan (CKD).

Awal tahun ini, Kementerian Kewangan memberikan jaminan bahawa jika ada model CKD yang terjejas oleh kenaikan harga hasil daripada kaedah pelaporan telus Nilai Pasaran Terbuka, ia akan diserap atau dikecualikan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2020.

Menurut Presiden UMWT, Ravindran K, faktor-faktor seperti kadar pertukaran dan semakan cukai boleh menjejaskan harga namun syarikat akan cuba mengekalkan kestabilan harga dengan menyerap kenaikan sebanyak yang boleh.

Barisan model CKD UMWT terdiri daripada Yaris, Vios, Rush, Hilux, Fortuner, Innova dan Hiace.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web toyota.com.my.

Previous post

Mazda Penaja Kereta Rasmi Kejohanan Golf Terbuka Bandar Malaysia 2020

Next post

Jaguar F-Pace Guna Sistem Kamera Canon EOS Generasi Baharu Untuk Rakam Prestasi Tingginya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *