Berita Auto

Jaguar F-Pace Guna Sistem Kamera Canon EOS Generasi Baharu Untuk Rakam Prestasi Tingginya

Jaguar telah bekerjasama dengan Canon Europe untuk merakam F-PACE mereka dalam kejelasan 5.9K sinematik menggunakan teknologi kamera Canon terkini. Rakaman dinamik Jaguar SUV prestasi ini telah difilem semasa debut kamera profesional Canon EOS C500 Mark II yang baharu.

Filem ini berjaya merakam julat F-PACE – termasuk kuasa 550PS, model SVR supercharged V8. F-PACE SVR ini mempamerkan keupayaan dinamiknya, dari casisnya yang ditala khas, di selekoh tajam Velefique, Sepanyol selatan. SVR memecut dari 0-100km / j dalam 4.3 saat.

Fungsi Advanced Electronic Image Stabilisation Canon Focus EOS C500 Mark II dan Dual Pixel Auto Focus memastikan fokus kedua-dua SUV sentiasa sempurna sepanjang pengambaran, dengan kamera yang digantung di lengan senang kendali pada sistem kren hebat mereka.

BTS Belakang Tabir:

Kamera baharu ini merakam dengan kualiti 5.9K dalam 60 frame sesaat. Semasa kelajuan tertinggi 283km / j, F-PACE SVR memecut 78.7 meter setiap saat, yang bermakna SUV prestasi ini bergerak hanya 1.31m untuk kamera baharu canggih ini merakam satu frame.

Harga Jaguar F-PACE adalah RM 448,800 dan SVR yang berprestasi tinggi pula boleh ditempah khas. Untuk maklumat lanjut sila layari: www.jaguar.com.my

Ini dia filem penuh hebat yang dihasilkan:

Previous post

Harga Model CKD Toyota Kekal

Next post

Saya Kembali Teruja Dengan Barisan Varian Ford Ranger XLT

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *