Sukan

Mazda Penaja Kereta Rasmi Kejohanan Golf Terbuka Bandar Malaysia 2020

Bermaz Motor Sdn Bhd, pengedar tunggal Mazda di Malaysia, adalah penaja kereta rasmi untuk Kejohanan Golf Terbuka Bandar Malaysia 2020 yang akan datang. Kejohanan adalah dari 5 Mac sehingga 8 Mac 2020 di Kelab Golf & Country Kota Permai.

Kejohanan tahun ini disanksi oleh Asian Tour dengan kerjasama Golf Tour Organization Jepun dan terdapat sejumlah 40 tempat untuk pemain Malaysia yang akan terdiri daripada 30 profesional dan 10 orang amatur, termasuk empat pemain golf junior.

Mazda telah dipilih sebagai rakan kenderaan rasmi untuk Kejohanan Golf Terbuka Bandar Malaysia dan sebuah armada CX-9 akan digunakan untuk membawa para kenamaan, VIP dan Pemain Golf semasa kejohanan itu. Di samping itu, sebuah Mazda CX-8 turut ditawarkan sebagai hadiah Hole-In-One.

Untuk mengikuti perkembangan terkini kejohanan golf ini, sila layari laman Facebook Rasmi Mazda Malaysia di www.faceook.com/mazdamy/ 

Mazda, Penaja Rasmi Kejohanan Golf Terbuka Bandar Malaysia 2020

 

Previous post

BMW F 900 R, F 900 XR Kini di Malaysia

Next post

Harga Model CKD Toyota Kekal

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *