Bisnes

Geely dan Volvo Bakal Gabungkan Perniagaan

Volvo Cars dan Geely Automobile sedang mempertimbangkan untuk menggabungkan perniagaan mereka bagi membentuk kumpulan global yang kuat sekaligus mempercepatkan sinergi kewangan dan teknologi antara kedua-dua syarikat.

Gabungan ini dikatakan akan mempunyai skala, pengetahuan dan sumber untuk menjadi peneraju dalam transformasi industri automotif. Sebuah syarikat gabungan akan disenaraikan di Hong Kong dan Stockholm bagi membolehkannya mengakses pasaran modal global.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, gabungan ini akan mengekalkan identiti berbeza setiap jenama iaitu Volvo, Geely, Lynk & Co dan Polestar.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan Håkan Samuelsson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, untuk menyiasat peluang ini dengan matlamat untuk mengukuhkan sinergi dalam Kumpulan sambil mengekalkan kelebihan daya saing dan integriti setiap jenama individu,” kata Li Shufu, Pengerusi Geely Holding Group.

Previous post

Nikola Badger - Trak Pikap Elektrik Dengan Jarak Pemanduan 965 km

Next post

Coronavirus: Nissan Hentikan Pengeluaran di Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *