Berita Auto

Coronavirus: Nissan Hentikan Pengeluaran di Jepun

Nissan mengumumkan bahawa ia akan menghentikan sementara operasi pengeluaran kenderaan di kilangnya di Kyushu, Jepun, akibat wabak coronavirus yang menjejaskan rantaian bekalan global.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata bahawa langkah itu akan dikuatkuasakan pada 14 Februari dan 17 Februari disebabkan kekurangan bekalan bahagian dari China.

Menurut laporan akhbar Nikkei, langkah ini boleh menjejaskan pengeluaran kira-kira 3,000 kenderaan. Nissan merupakan pengeluar kenderaan pertama yang menghentikan pengeluaran di Jepun disebabkan oleh wabak tersebut.

Kilang Nissan di Kyushu menghasilkan model seperti Serena untuk pasaran Jepun dan Rogue (X-Trail), dengan kapasiti pengeluaran berjumlah 530,000 unit setahun.

Di China, Nissan berkata bahawa ia sedang dalam persiapan untuk memulakan semula operasi pengeluaran di Huadu, Wilayah Guangdong dan Dalian, Wilayah Liaoning, seawalnya pada 17 Februari. Tarikh pembukaan semula bagi kilang-kilang belum disahkan.

Sementara itu di Korea Selatan pula, Hyundai, Kia dan subsidiari Renault iaitu RSM turut mengumumkan penghentian pengeluaran akibat masalah yang sama.

Previous post

Geely dan Volvo Bakal Gabungkan Perniagaan

Next post

Gambar Bocor Muncung BMW 4 Series

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *