Khidmat Masyarakat

Menyelesaikan Masalah Lalu Lintas Bandaraya Kuala Lumpur

Bagaimana dan siapakah yang akan melakukannya?

Mereka yang berbincang tentang bagaimana memperbaiki keadaan trafik di bandar-bandar harus bermula dengan menggunakan sistem pengangkutan awam bandar setiap hari untuk memahami batasan sistem pengangkutan dan kemudian melihat bagaimana ia mempengaruhi kesejahteraan mereka sebelum mereka mula emmancing cadangan-cadangan untuk memperbaiki sistem lalu lintas bandaraya Kuala Lumpur. 

Minggu ini kami bertemu dengan sekumpulan pengusaha dari pelbagai organisasi yang mempunyai rancangan untuk menyelesaikan isu-isu lalu lintas dalaman bandar kita dan memperbaikinya dengan menggunakan data, lagi data dan lebih banyak data. Bagi pendapat mereka penyelesaian lengkap nampak gayanya terletak pada pengumpulan data dari semua sektor yang akan dikongsi dengan semua agensi masing-masing untuk meningkatkan aliran lalu lintas pada waktu puncak dan juga ketika hujan.

City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH)
City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH)
City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH)
City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH)
City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH)

Pengumpulan data ini akan membantu untuk meletakkan pelan untuk menghapus ‘kesempitan’. Pelan mereka ialah untuk memberikan individu seperti kami dan anda untuk mencadangkan penyelesaian yang boleh membawa pengalaman perjalanan dalam bandar yang lebih baik.

There is a financial grant at the end of the tunnel. A cool USD1.5million to the person or organization that comes up with a proposal that is workable and useable for Kuala Lumpur city.

Inisiatif ini adalah idea Toyota Motor Corporation dan mereka bekerjasama dengan beberapa agensi Malaysia. Pertandingan ini juga sedang dijalankan di negara-negara ASEAN yang lain.

Dengan itu, di sini ada beberapa penyelesaian jangka pendek yang boleh laksanakan dengan segera untuk dikongsikan dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pertandingan ini, percuma.

  1. Penguatkuasaan yang tegas dengan semua yang double park terutama sekali di bandaraya. Sama ada drebar VIP atau tidak, saman dan tunda harus dikenakan.
  2. Penguatkuasaan tegas pesalah kotak kuning di setiap persimpangan lampu isyarat.
  3. Penguatkuasaan tegas untuk kenderaan VIP yang meletakkan kenderaan di tapak haram.
  4. Penguatkuasaan tegas untuk penguna kap-chai dan skuter yang meletak kenderaan di tempat letak kereta yang ditetapkan dan juga laluan pejalan kaki.
  5. Penguatkuasaan yang tegas terhadap kontraktor Dewan Bandaraya yang tidak membina sistem penyebaran air yang betul untuk menghentikan pengumpulan air bertakung semasa hujan.
  6. Penyingkiran semua kontraktor pembersihan saliran yang gagal dalam tugas kontraktual mereka untuk memastikan longkang tidak tersumbat kerana sampah.
  7. Penguatkuasaan undang-undang tegas dengan restoran dan pemilik gerai yang membuang sampah ke dalam longkang sehingga tersumbat dan menghalang air hujan mengalir ketika hujan lebat.
  8. Penguatkuasaan tegas untuk kerja kontraktor projek bandar yangt tidak membuang sampah mereka setiap hari kerana ini menyebabkan kerosakan tayar dan kesesakan lalu lintas di kawasan kerja.
City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH)
City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH)
City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH)
City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH)
City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH)
City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH)
City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH)

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2020 — Toyota Mobility Foundation (TMF) telah memeterai
persetujuan dengan Malaysia Digital Economi Corporation (MDEC) untuk melancarkan program
City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH). Ia merupakan pertandingan pertama
seumpamanya di rantau ini yang akan menarik penyertaan inovatif dan berdasarkan data
melibatkan peserta-peserta peringkat global. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan kecekapan di
dalam perancangan bandar, serta memacu ke arah masa depan mobiliti yang lebih lestari.
Kerjasama ini juga akan membolehkan Kuala Lumpur menjadi pelopor di dalam meletakkan tanda
aras bagi pembangunan bandar generasi baru dan pengurusan mobiliti bandar di rantau ini.
Sebuah majlis pelancaran yang diadakan di Kuala Lumpur pada 13 Februari bagi memulakan
program ini menyaksikan Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan
turut hadir sebagai tetamu kehormat.

Membayangkan semula masa depan mobiliti
CATCH akan mencari jalan untuk mengatasi cabaran-cabaran mobiliti di Kuala Lumpur dengan
penglibatan penyelesaian peringkat global dalam tempoh lapan bulan, di mana semua peserta –
yang terdiri daripada entiti pemula, ahli akademik serta institusi kaji selidik hinggalah badan
koporat, dan termasuk juga khalayak umum – boleh menyumbang untuk membangunkan konsep
dan mencadangkan penyelesaian yang dinamik, pintar serta berasaskan data untuk merencana
infrastruktur bandar di masa hadapan.
Presiden Sekretariat, Toyota Mobility Foundation, Shin Aoyama berkata; “TMF ditubuhkan untuk
mengatasi isu-isu berkaitan mobiliti di seluruh dunia, menggunakan pendekatan yang dipacu oleh

kemapanan, inovasi dan kerjasama. CATCH direka dengan kerjasama kerajaan Malaysia untuk
menggalakkan campur tangan berasaskan data dengan tumpuan terhadap masyarakat bagi
memperbaiki perancangan bandar serta ekosistem mobiliti.”
Ketua Pegawai Operasi MDEC, Surina Shukri pula menambah; “Melalui CATCH, entiti pemula
yang berbakat di peringkat global, ahli akademik dan juga pihak terlibat yang lain boleh
membangunkan idea pendigitalan generasi baru mereka dan mendorong evolusi Kuala Lumpur
untuk menjadi sebuah bandar contoh untuk masa hadapan. Program ini selari dengan usaha
MDEC untuk memacu ekonomi digital negara ke tahap lebih tinggi, memanfaatkan inovasi
generasi seterusnya melalui Global Testbed Initiative dan memperkukuh kedudukan negara
sebagai jantung digital ASEAN.”
Untuk tujuan itu, TMF akan menyediakan geran bagi setiap peringkat pertandingan ini — bernilai
sehingga US$1.5 juta keseluruhannya — untuk menyokong pasukan-pasukan yang ada, ke arah
pembangunan dan ujian penyelesaian yang diusahakan di Kuala Lumpur. Peserta juga akan
mendapat khidmat mentor, nasihat pakar serta program inkubasi.

Membayangkan semula Pengalaman Mobiliti Melalui Data
CATCH akan menyediakan data kepada peserta untuk memperkasakan mereka dalam usaha
membangunkan penyelesaian yang akan dipilih, yang selari dengan Akta Perlindungan Data
Peribadi. Rakan usaha sama bagi data ini terdiri daripada kedua-dua sektor awam dan swasta
yang memiliki data berbeza berkaitan pergerakan pengguna, seperti Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur, PDRM, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Grab, MapIT MSC, Mass Rapid Transit
Corporation dan Prasarana Malaysia.
Presiden UMW Toyota Motor, K. Ravindran berkata; “Kami sangat berbangga untuk terlibat di
dalam usaha mengatasi cabaran-cabaran bagi menjadikan “Mobiliti Untuk Semua” satu kenyataan.
TMF menyediakan platform untuk mewujudkan lingkungan mobiliti dan masyarakat yang lebih
baik, disokong pula dengan pendekatan berasaskan data dan medium digital.”

Previous post

Tag Touch 'n Go Dan RFID di SHELL Mulai Hari Ini

Next post

Sudahkah Proton Membayar Balik Pinjaman RM1.5 Bilion Mereka?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *