Gaya Hidup

Peluang Menangi Hadiah Bernilai RM2 Juta dengan Touch ‘n Go eWallet

Terima kasih kepada inisiatif kerajaan iaitu e-Tunai Rakyat, warga Malaysia kini boleh menebus RM30 bagi memulakan gaya hidup tanpa tunai mereka. Lebih menarik lagi, Touch ’n Go eWallet akan menggandakan nilai tuntutan tersebut apabila mereka membuat pembayaran menggunakan Touch ’n Go eWallet di mana-mana daripada 120,000 rakan niaganya.

Touch 'n Go eWallet

Selain itu, pengguna boleh menikmati penjimatan yang lebih hebat menerusi kempen-kempen yang diadakan oleh Touch ’n Go eWallet, termasuk yang terbaru iaitu ‘Big 2 Million Weekly Draw’, di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai RM2 juta setiap minggu, termasuk lapan Proton X70, 80 Yamaha Ego Solariz, 80 telefon pintar Huawei P30 (256GB) dan 400 telefon pintar Vivo V15.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong menegaskan bahawa kempen ‘Malaysia, Gandakan Nilai Anda’ adalah kempen Touch ’n Go eWallet yang terbesar dan paling menguntungkan setakat ini. “Kerajaan sedang berusaha menggalakkan rakyat Malaysia menjadi masyarakat tanpa tunai menerusi inisiatif e-Tunai Rakyat,” ujar beliau.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang, terdapat promosi e-Huat di mana pengguna boleh menghantar ‘angpow maya’ kepada mereka yang tersayang. Penghantar akan menerima pulangan tunai atau ucapan Tahun Baru Cina apabila mereka memindahkan minimum RM5 kepada pengguna lain menerusi fungsi ‘Transfer’. Kempen ini diadakan sehingga 10 Februari 2020.

Kempen ‘Big 2 Million Weekly Draw’ akan dijalankan secara serentak dengan e-Tunai Rakyat mulai 15 Januari hingga 10 Mac 2020. Pengguna Touch ’n Go eWallet perlu berbelanja minimum RM20 melalui mana-mana kemudahan yang dinyatakan dalam aplikasi untuk melayakkan diri.

Mereka yang tidak layak menebus e-Tunai Rakyat akan menerima satu penyertaan untuk setiap transaksi yang dilakukan di sepanjang tempoh kempen ini. Sebagai tambahan, jika pengguna telah mendaftarkan kad TNG mereka ke dalam Touch ’n Go eWallet, dan pada masa sama merupakan seorang pengguna RFID, mereka akan mendapat dua penyertaan tambahan.

Previous post

Yamaha X-Max 250 Kini Dengan Warna Matte Baharu

Next post

Tiada Lagi Caj Tambah Nilai Touch 'n Go di Stesen Shell di Lebuhraya Utara Selatan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *