Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha X-Max 250 Kini Dengan Warna Matte Baharu

Untuk tahun 2020, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan bahawa skuter Yamaha X-Max 250 boleh didapati dalam tiga warna baharu iaitu biru matte, perak matte dan kelabu matte.

Yamaha X-Max 2020

Boleh didapati di wakil pengedar sah Yamaha bermula bulan ini, X-Max 250 dijual pada harga RM21,500 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans).

Max 250 dikuasakan oleh enjin 250 cc, sejukan cecair SOHC dengan teknologi suntikan bahan api yang menghasilkan 22.5 hp pada 7,000 rpm dan 24.3 Nm pada 5,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik.

Antara kelengkapan standard yang disertakan termasuklah lampu hadapan dan belakang LED, instrumen panel LCD dan soket 12V yang boleh digunakan untuk mengecas peralatan elektronik.

Terdapat juga ruang simpanan di bawah tempat duduk yang cukup besar untuk memuatkan dua topi keledar ‘full face’. Bar hendal dan penghadang angin boleh laras pula memberikan Xmax 250 kelebihan dari segi aerodinamik.

Ciri keselamatan pula terdiri daripada ABS pada kedua-dua tayar, Traction Control dan sistem kunci pintar.

Previous post

Kejohanan US Legend Cars Malaysia Bermula Mac Ini

Next post

Peluang Menangi Hadiah Bernilai RM2 Juta dengan Touch 'n Go eWallet

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *