Berita Auto

Audi SQ8 Talaan ABT Mempunyai 510 hp, 970 Nm

Selepas memperkenalkan pakej naik taraf bagi SQ7 pada bulan lalu, ABT Sportsline kini kembali dengan tawaran yang sama untuk model SQ8 pula.

Audi SQ8 ABT

Dari segi penampilan, reka bentuk SQ8 yang memang sedia ‘macho’ diserlahkan lagi menerusi kit badan aerodinamik yang merangkumi skirt hadapan dan belakang, serta spoiler belakang.

Syarikat talaan itu turut menawarkan tiga rekaan rim iaitu GR, HR Aero dan HR-F. Barisan rim ini boleh didapati dalam pelbagai jenis kemasan dan dalam saiz 22 dan 23 inci.

Untuk bahagian dalam, selain butang penghidup enjin ABT dan sistem pencahayaan, pelanggan juga boleh mendapatkan pelindung rangka tempat duduk yang diperbuat daripada gentian karbon.

Dengan penggunaan ABT Engine Control, kuasa yang dihasilkan oleh enjin TDI berkapasiti 4.0-liter V8 itu meningkat secara signifikan dari 435 hp dan 900 Nm kepada 510 hp dan 970 Nm. Ini secara tidak langsung mengurangkan masa pecutan 0-100 km/j dari 4.8 kepada 4.6 saat.

Selain itu, pakej naik taraf ini turut merangkumi sistem suspensi ABT Level Control (ALC) dengan ciri boleh laras menerusi tiga mod iaitu Comfort, Dynamic dan Loading (Coffee Mode).

Previous post

Toyota Akan Hasilkan Semula Alat Ganti Supra A70, A80

Next post

Ramai Tertarik Dengan Nissan GT-R50 Di Ginza

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *