Berita Auto

Audi SQ7 Terima Sentuhan ABT

Dengan 435 hp dan 900 Nm, Audi SQ7 sebenarnya tidak memerlukan sebarang modifikasi kerana ia sudah cukup pantas. Namun, bagi pemilik yang masih inginkan lebih kuasa, ABT sentiasa ada.

Dengan unit kawalan enjin yang dibangunkan sendiri, ABT dengan mudahnya menjadikan enjin TDI 4.0-liter V8 SQ7 lebih kuat dengan hamburan kuasa yang mencecah 510 hp dan 970 Nm.

Bukan itu sahaja, model yang didatangkan dengan Active Sound System dari kilang juga boleh dilengkapi dengan ciri Sound Control ABT bagi mendapatkan bunyi yang lebih garang.

Jika pemilik ingin SUV mereka kelihatan lebih agresif, ABT turut menawarkan kit badan lebar dengan ciri aerodinamik unik. Bagaimanapun, kit badan ini masih sedang dibangunkan dan akan tersedia bermula tahun hadapan.

Sementara menunggu kit badan tersebut siap, pelanggan boleh mendapatkan rim ABT Sport bersaiz 22 inci yang ditawarkan dalam tiga rekaan dan kemasan berbeza.

Kelengkapan kabin yang ditawarkan termasuklah butang penghidup enjin dengan logo bercahaya serta sistem pencahayaan pintu. Seperti biasa, pelbagai jenis kemasan dan upholsteri ditawarkan bagi memenuhi citarasa pelanggan.

Previous post

PLUS Tutup Lorong Tambah Nilai Hingga 2 Januari 2020

Next post

McLaren Speedtail Cecah 403 km/j 30 Kali Dalam Satu Sesi Ujian

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *