Berita Auto

Toyota Akan Hasilkan Semula Alat Ganti Supra A70, A80

Toyota mengumumkan bahawa ia akan menghasilkan semula alat ganti bagi Supra A70 (1986-1993) dan A80 (1993-2002) di bawah projek GR Heritage Parts.

Alat-alat ganti yang dihasilkan akan dijual di pasaran domestik dan antarabangsa termasuk Amerika Utara dan Eropah. Pelanggan boleh membeli alat ganti ini dari pengedar Toyota sama seperti alat ganti yang lain.

Perincian mengenai alat ganti dan tempoh jualan akan diumumkan kemudian di laman sesawang Toyota Gazoo Racing. Setakat ini, alat ganti A70 yang diumumkan termasuk ‘propeller shaft’, pemegang pintu, ‘fuel sender gauge’, ‘weatherstrips’ dan lencana hadapan.

Sementara itu, alat ganti A80 pula termasuk lampu hadapan, pemegang pintu dan ‘brake boosters’.

Apa yang menarik, pelanggan boleh mengisi borang permintaan di laman sesawang tersebut jika alat ganti yang mereka perlukan tidak tersenarai. Bagaimanapun, Toyota tidak memberi jaminan yang setiap alat ganti yang diminta akan dihasilkan dan dijual semula.

Previous post

Pusat Volvo 3S Baharu Kini Dibuka Di Ara Damansara

Next post

Audi SQ8 Talaan ABT Mempunyai 510 hp, 970 Nm

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *