Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Lagenda 115Z GP Edition – RM5,580

Pusingan terakhir perlumbaan Cub Prix musim 2019 yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan pelancaran Yamaha Lagenda 115Z GP Edition.

Ditawarkan dalam jumlah yang terhad, model ini menggunakan livery pasukan MotoGP pertama Malaysia iaitu pasukan Petronas Yamaha SRT.

Rekaan livery ini diinspirasikan oleh jentera Yamaha YZR-M1 Petronas Yamaha SRT yang ditunggang oleh Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo dalam MotoGP 2019.

Seperti versi biasa, Lagenda 115Z GP Edition dikuasakan oleh enjin SOHC 115 cc silinder tunggal yang menghasilkan 9.9 hp pada 7,750 rpm dan 9.9 Nm pada 6,500 rpm.

Model edisi terhad ini boleh didapati di wakil pengedar rasmi HLYM pada harga RM5,580. Setiap pembelian didatangkan dengan sijil pemilikan eksklusif.

Previous post

Definisi Seorang Peminat Kereta

Next post

Azrul Osman Rani Dilantik Sebagai CEO Petronas Dagangan Berhad

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *